|
Keterangan
Nabi saw.
menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil
yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan
telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia
menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang berlainan
pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin
berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak
diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji
kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut
akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.
Begitu pula halnya
dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas
beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini
meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya
tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti.
Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.
Gejala yang sebegini
rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat
ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula
adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.
TAMAT |