|
Keterangan
Nabi kita saw.
menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmu
agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan
ramai kaum perempuan.
Statistik
penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah
lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah
bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan
kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan
bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki.
Menurut Imam Ibnu
Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat
dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan
adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah swt. menghendaki
kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari
kalangan lelaki.
TAMAT |