| BAHAYA
KEMEWAHAN
Ertinya:
Daripada Ali
bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw.
di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas
badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit.
Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air
mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana
sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika
berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan
segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw.
bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu
pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain
pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang
lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang
kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu
itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan
kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw.
bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada
keadaan kamu di hari itu".
H.R.
Termizi
|
|
Keterangan
Dalam
hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa
kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang
pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka
tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan
demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana,
kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi
kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih
baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.
Kemewahan hidup
banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt.,
sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak
melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding
dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka,
sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang
ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk
menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih
banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah
saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas,
dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke
dalam tanah (menemui kematian)".
Begitulah gambaran
yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia
sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika
itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di
saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa
daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang
penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu
digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia
pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk
menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka
bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak
adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia
menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.
TAMAT |