Main
Home
Biodata
Album
Journal
Read
Old Journal
Collection
Islamic Info
Midi
Quotes
Radio & TV
YTunnel
Yahoo Stuff
Poem
Contact
E-Mail
Yahoo IM
GuestBook
Links
Tipah
Wawa
Unsung Hero
Syati
Elaira
Mat Jan
Kak Tini
Fajar
Hanya Sayang
Raya 2020

 

Jurnal Kisah Seorang Aku

Jurnal Terkini dan Terdahulu..
Kembali Ke Jurnal Terkini

Terdapat 98 jurnal telah dimasukkan dengan 13 mukasurat dan anda berada di mukasurat 9

Isnin, 28 July 2003, 10.59 p.m 
malam ni aku sedih yang amat sangat..ermm ntah lahh.. aku terasa hati betul² la malam ni..mulai malam ini.. aku tak akan sentuh ym yang membuatkan hati aku terguris ni buat beberapa minggu atau bulan atau tahun.. cukup lah sampai di sini. di sini segalanye bermula dan di sini juga segalanye berakhir.. aku terima seadanya dengan penuh redha..

aku dah biasa di perlakukan sebegini sejak dari dulu lagi..aku terima segalanya yang telah tersirat mau pun tersurat.. selamat tinggal buat sementara waktu..

 


Sabtu, 26 July 2003, 2.39 a.m 
busy gilerr

tiada apa yang aku nak tulis.. idea banyak.. tapi otak aku lebih menerawang kepada design online booking system ni..tengah mencorak² sesuatu.. nanti sistem dah siap. aku sambung balik update jurnal ni..

 


Rabu, 23 July 2003, 5.29 p.m 
tempat practical
waaa. hari ni aku busy sedikit..tadi ada student datang sekejap..mintak tolong burnkan cd..so aku tolong apa yang patut..lepas tu sambil² sembang cerita pasal dorang nak practical masih belum dapat tempat. memandangkan aku ada member yang nak budak² practical. so aku boleh tanya²kan if dorang masih berminat nak ambil student untuk practical.nanti aku akan usulkan..

project baru
hari ni boss aku bagi project baru.. ahakss.. booking sistem untuk satu keperluan kat sini.. usernya adalah lecturer kat sini.. aku rasa kacang ajer project ni seminggu boleh siap.aku pun dah ada source code dia..cuma nak kena tengok ajer. apa feature yang boleh ditambah..aku cakap dekat boss aku jumaat depan boleh siap..so dalam masa lebih kurang satu minggu la..


dah nak balik
dah 5.29 nih. nak balik dah. pagi tadi aku tertinggal van lagi....dah 3 hari dah..esok aku kena bangun awal skit laa.. takde la tertinggal van lagi.. dah la hari ni network slow semacam. kejap² page cannot be displayed..bila resfresh ok plak.. gaknye network sini tengah tak betul kot..

 


Rabu, 23 July 2003, 1.21 a.m 
baru balik

Jam menunjukkan pukul 10.45 malam. LRT sudah sampai ke stesen universiti. destinasi yang aku tuju sampai juga akhirnya.. sepanjang perjalanan dari stesen wangsa maju aku hanya bermain sms dengan shasha dan si jebat derhaka sahaja..borang permohonan kerja sudah ku ambil.perut pun dah kenyang makan kfc. sambil berjalan aku membaca sms yang dikirim oleh si beskot. katanya dia sekarang berada di disco bersama rakan² sekolahnya dahulu.. perghhh pegi disco kembar aku nih..aku tau mesti dia ni nak lepas tension ni sebab asyik kerja ajer..dari sms dia cuma dia risaukan macam mana dia nak balik nanti.. memandangkan dorang pegi sana naik teksi. so balik pun kena naik teksi lah.. selepas tengah malam harga teksi akan naik dua kali ganda. nak tak nak terpaksa la dia balik naik teksi walau pun poket tengah kering hehe.. tu la beskot saper suh gi situ..

panggilan telefon

baru sahaja aku sampai ke bilik handset aku berbunyi..
"tido kaa?" tanya kak peah..
"tak laa akak. baru sampai ajer ni.. baru balik ambil borang dari kuril" jawab ku
"ooh i lupa.. eh mai laa on MSN.. nak testing VC dengan si tipah nih, tau boleh ke tak reramai vc" kata kak peah lagi.
" oh ok nanti jap gi saya on" jawab ku pulak

sepantas tenuk aku pun membuka plug dan suis komputer..on saja komputer aku terus dial utk service internet.. aku tak kisah pasal bil internet memandangkan aku menggunakan perkhidmatan streamyx yang hanya perlu membayar 88 ringgit sebulan. maka secara bermaharajalelanya aku menggunakan kemudahan yang ada.. dah bayar untuk penggunaan tanpa had.. apa lagi guna la sampai pc meletop.. nasib baik pc aku tak pernah meletup lagi hehe.. cuma power supply ajer pernah rosak dulu² tu pun masa pc aku masih ada warranty..so aku pun tuka kat kedai cina tempat aku beli pc aku tuh..

testing msn

setelah testing VC kat MSN messenger ternyata MSN masih belum menandingi kehebatan YM (Yahoo Messenger). MSN hanya boleh VC (Voice Chat) di antara dua pengguna sahaja. tidak boleh reramai macam dekat YM yang mana boleh vc secara beramai di dalam room..so kitaorg 4 orang bukak room lepak² di YM.. dari satu topik ke satu topik di bincang kan..sampai la pukul 1 pagi baru lah semua keluar sebab semua dah kepenatan. aku plak keesokkannya kena kerja.. nanti mengantuk plak aku kat opis..setelah semua keluar. aku pun membukak jurnal ni dan menulis satu dua rangkap coretan aku ni..maka dengan ini aku pun nak tido dah.. pasal badan pun dah letih.. tadi dalam LRT rasa cam nak pitam pun ada.. nasib baik sampai pasar seni dapat duduk. lega skit rasanye.. nak tunggu sampai ke wangsa maju tu jauh gak tuh.. pheww..selamat malam..

DD Resign
opss ada kesilapan teknikal pasal dd resign ni.. dia bukan resign dari company ni.. cuma resign dari jadi DD ajer ahakss.. tapi dia still lagi jadi lecturer kat sini hehe..aku tersilap baca rupanye kui kui kui

 


Selasa, 22 July 2003, 5.26 p.m 
video editing

hari ni keje aku hanya mengedit video faculty aktiviti ajer..aku cuma test and error.. aku cuma pernah buat video streaming on the net sahaja.. untuk pembuatan video cd masih dalam proses pembelajaran..aku try guna 3 software untuk main² testing.. aku try imovie, adobe premiere, dan uled media studio pro..

sampai dua pc aku kongker hari ni hehe.. sambil² aku update Mac OSx tu aku try² dekat adobe kat pc satu lagi..tp asyik problem dengan memory ajer.. aku rasa ni problem ngan software nih.. esok aku nak try install premiere 6..nak upgrade..

application form
malam ni aku cadang nak jumpa kuril. nak ambil application form kat dia.. dia cakap nak apply untuk post tu kena isi form yang di sediakan.. so kena ambil borang dari dia memandangkan dia pun takde softcopy. kalau tidak boleh juga email kat aku..n aku email balik kat dia suruh dia print ahaks..aku hope aku leh dapat job ni..amin..


DD resign
hari ni dapat email dari DD dept aku.. dia pun nak resignn.. pegrghh nampak nye demam resign kat department aku ni makin merebak² macam kes SARS laa.. aku pun tak tahu apa tindakan HR.. macam diaorang tak ambil serius plak kes ni.. aku rasa setakat ni dah dekat hampir 20 orang dah resign.. semua lecturer yang bagus² dah keluar pergi tempat lain..tinggal la yang gitu².. kalau ada pun setengah tak dapat nak resign pasal di ikat oleh perjanjian semasa dorang menyambung master dulu dan ada yang masih sambung phd..kesiann.. apa nak buat..

ikhlas ke? macam tak ikhlas ajer
hari ni aku call orang.. macam tak ikhlas ajer cara menjawap.. gaknye dah boring kot dengan aku sebab asyik call muahahaha.. dari cara cakap macam tak suka pun ada aku call.. ntah laa .. atau aku ajer yg berprasangka sedemikian.. hati manusia tak boleh di duga..

siapa lelaki itu
hari ni lelaki itu call aku lagi.. dari dulu call² kata nak kasi form. tapi tak kasi² lagi.. dia yang menjadi agen MBF mastercard nak promot kad suruh aku cari members dengan di kasinya aku 50 persen dari hasil keuntungan.. so aku tak kisah lah..nak tolong orang melayu kan apa salahnye..boleh jugak aku tolong² promotkan CC tu kad opismate aku.. aku nak masuk pun aku dah ada so hanya boleh tolong promot ajer..tapi sampai sekarang tak muncul² janji datang esok tak nampak² batang hidung.. aku cuma prinsip senang ajer.. sekali kau menipu aku tak akan percaya dah.. walau pun aku cuma senyum dan mengangguk kepala bila mendengar patah perkataan yang di bicarakan tapi jauh di sudut hati aku satu sen pun tak leh caya.. lantak ko lerr.. apa aku peduli muahaha aku tak rugi apa² pun..

 


Isnin, 21 July 2003, 10.10 a.m 
pagi isnin

pagi ni aku masuk kerja dengan agak kemalasan biasa laa pagi² isnin memang cam ni..dah la badan lenguh² pasal sabtu tadi main bowling.. dah lama tak main bowling.. main pun setahun ada la 2-3 kali.. paling tinggi point aku semalam 105 ahakss..boleh tahan la bagi aku yg baru main 5 kali ni..

lepak²

lepas tu habis main bowling, aku lepak rumah kak peah. tengok akademi fantasia sambil makan nasi lauk daging masak kicap. akak peah masak.. ahakss.. sedap yum yum..lepas habis akademi fantasia.. lepak² then baru balik.aku balik malam sampai rumah pukul 1 pagi..

ahad plak aku cuma menghabiskan masa kat rumah.. makan, tido dan tengok tv.. hehe..berhibernasasi cam bear plak..

cuma malam tu aku try buat tag board untuk homepage aku nih..ingat nak letak tagboard dalam ni nanti.

ermm nanti lah aku sambung tulis.. now ada orang lepak plak dalam bilik aku ni.. rimas plak aku..ajak bersembang².. aku ni kurang gemar skit nak bergossip² tetambah time opis hour.. aku lebih suka membaca dari sembang² mende² yang tak berfaedah..

 


Jumaat, 18 July 2003, 9.25 p.m 
masker

kali ini baru rasa segar sikit badan.. sekarang ni aku tengah pakai masker..nak menjaga kecantikan ahakss..



sendiri
terkadang aku rasa diri aku tiada siapa yang menghargai..
sedih pun ada..aku rasa tak siapa yang peduli tentang aku.. sakitkah aku?? sihatkah aku?? gembirakah aku?? sedihkah aku?? aku rasa cam keseorangan berada di Kota Besar Kuala Lumpur.. walaupun aku mempunyai kawan² tetapi aku merasakan kesemua mereka² itu berkawan hanya sekadar untuk kepentingan masing²..tiada keikhlasan di hati mereka..ntah laa mungkin cuma aku yang berpikiran sedemikian..aku sendiri pun tak tahu...

kekadang aku seolah² menyalahkah takdir atas apa yang aku lalui ni..terkadang aku seolah² hendak menjadi orang lain.. aku bencii dengan diri sendiri..aku pun tak tahu kenapa. mungkin sekarang aku tengah emosional..tiba² aku cam geram dengan diri aku.. rasa nak hantuk kepaler kat bucu katil pun ada.. kekadang aku rasa geram dengan semua orang.. ntah laa mood aku tak betul sekarang ni..walau pun aku tengah dengar lagu setenang² alam kat radio ni.. tapi hati dan pikiran aku amat berkecamuk..
tapi yang pastinya.. aku benci dengan apa yang aku lalui sekarang.. aku macam nak larii dari sini.. lari dari semua orang.. aku nak pergi suatu tempat yang tiada siapa pun tahu di mana aku berada.. pasal aku tahu memang tiada siapa pun yang peduli dengan diri aku sekarang.. event aku mati pun tiada siapa pun peduli.. tiada siapa yang sedih.. kalau ada pun yang sedih mungkin sedih kerana tidak dapat menggunakan aku lagi.. itu saja.. i'm so saddddd.. sooo give upp with my life nowww.. arghhhhhhhhh

 


Jumaat, 18 July 2003, 8.56 p.m 
takdak idea

apa nak di tulis yer.. aku pun tak tau apa nak di tulis.. tp aku rasa macam nak menaip..walau pun idea takde.. aku cuma nak tulis ikut rasa hati aku ajer..

aku masih termanggu depan pc ni sambil dengar radio muzik..tadi balik tengok juana.. berakhir sudah episod minggu ni..tunggu minggu depan pulak untuk siri seterusnya..

cari keje baru
malam tadi kuril sms aku. bagitau ada post kosong utk webmaster dekat UIA.. aku macam berminat.. memandangkan aku pun dah lama kat sini dah rasa macam boring plak.. so sesekali bertukar angin ok jugak..pagi tadi aku contact kuril tanya detail tentang post tu.. dari cerita dia post tu nak urgent.. bos dia bagitau kat dia kalau² dia ada kawan yang boleh masuk.. sebab tu kuril contact aku mana tau kalau² aku berminat.. memang aku berminat sungguh laa..company aku sekarang ni pun macam stabil tak stabil..hari tu ada masuk paper macam ada ura² pihak lain berminat untuk membeli.. tapi aku tak tau kesahihannye.. mengikur cerita boss besar aku kat HQ dia tak akan jual katanye.. ntah lah aku pun tak tahu..cuma sejak akhir² demam staff department aku ni resign makin menjadi jadi. mungkin dorang stress agaknye..hanya dorang yang tahu..

aku dah emailkan resume aku dekat kuril.. suruh dia pass dekat bos dia.. pengambilan post ni pun internal.. so harap² ada peluanglah.. kalau ada rezeki insyaallah..cuma tempat yang baru ni agak jauh sikit dari rumah aku sekarang..bermakna aku kena bangun awal dari biasa..kuril cakap nanti kalau ok. dorang akan set interview.. seram plak aku.. dah lama tak menjalani sessi interview nih..dah bertahun.. ermm

 


Page:  << Prev  1  2  3  4  5  6  7  8  9 10  11  12  13  Next >>


© copyright 2004 www.akiranagasaki.net.tc