Main
Home
Biodata
Album
Journal
Read
Old Journal
Collection
Islamic Info
Midi
Quotes
Radio & TV
YTunnel
Yahoo Stuff
Poem
Contact
E-Mail
Yahoo IM
GuestBook
Links
Tipah
Wawa
Unsung Hero
Syati
Elaira
Mat Jan
Kak Tini
Fajar
Hanya Sayang
Raya 2020

 

Jurnal Kisah Seorang Aku

Jurnal Terkini dan Terdahulu..
Kembali Ke Jurnal Terkini

Terdapat 98 jurnal telah dimasukkan dengan 13 mukasurat dan anda berada di mukasurat 8

Khamis, 18 September 2003, 9.25 p.m 
pegi clinic

semalam aku dah pergi clinic jumpa doctor berhubung masalah telinga aku. seperti yang telah dijangkakan, doctor cakap telinga aku kena infection. sebab tu denyut-denyut dan gatal kat dalam telinga. Doctor kasi 3 jenis ubat. satu ubat titik dan dua jenis pil. satu pil kurangkan bengkak dan satu pil kurangkan kegatalan hehe.
doctor pun pelik macam mana telinga aku kena infection. dia kata "awak ni suka swimming ke?". aku cakap tak. peh tu dia kata mesti aku korek dengan besi nih sampai kena infection cam gini. aku gelak ajer. aku cakap mana ada korek ngan besi, korek ngan putik kapas ajer.

hari ini pun mandom

hari ni pun aku masih mandom. masih pasif tak bergerak aktif. aku rasa aircond kat opis aku ni sejuk sangat la. sampai aku pun tak boleh nak buat kerja dengan selesa. sejuk nak mampus. macam duduk eskimo plak aku rasa. dah pakai stoking dengan jaket pun sama gak masih sejuk. ingat nak kena beli baju bulu beruang la, baru tak sejuk kot.

semalam tak sempat amik gamba aura

semalam aku ngan boya dah pegi amcorp mall nak amik gamba aura kat kedai natural squartz tu. tapi dah terlambat. cina tu dah tak terima customer. sebabnya ada 3 org tengah que untuk amik gamba dan consultation. so kempunan la aku nak amik gamba aura aku. ingat weekend ni nak pegi lagi. pepagi buta aku dah terpacak kat depan kedai tu. nanti bila dah amik gamba aura dan dapat keputusannya, aku akan cuba untuk letakkan dalam jurnal aku nih. boleh lah sama-sama berkongsi. mungkin setengah orang tak tau pun yang setiap dari manusia ni mempunyai aura masing-masing. aku pun mula² dulu tak tau pun manusia ni ada aura. ingat macam cerita komik dewata raya ajer ada aura² ni. sekali memang aura tu wujud dalam diri manusia rupanya.

dari yang aku paham, aura tu sebenarnya macam lingkungan cas² yang mengelilingi badan kita la. cas² ini berwarna mengikut perubahan dalam badan kita. kalau kita ni cepat naik angin ke so aura merah akan banyak kelihatan. kalau kita ni takde masalah dalam duit, maka aura kuning tu tebal.kalau nak tahu maklumat lanjut pasal aura dan colour vibration ni mungkin korang boleh pergi site ni untuk maklumat lanjut.http://www.harmonisers.net/ semua benda² ni ada kaitan dengan fizik. aku pun tak tau sangat. mungkin ada kaitan ke dengan formula e=mc² ke. pasal yang aku tau memang ada perubatan alternatif yang mengunakan kuasa² cas yang ada dalam badan kita untuk penyembuhan sesuatu penyakit. aura² ni jugak mempengaruhi peribadi kita.

sotong hangit
haha malam ini aku masak sambal ikan bilis dengan sotong goreng bersalut tepung. sebab aku masak sambil tengok juana, maklum la last episode, maka sambal bilis aku pedas nak mampus. peh tu plak, sotong goreng aku dah tak cam bersalut tepung, kecut cam apa ntah.. tapi belasah ajer lah makan, janji rasa ok. boya cakap rasa dia ok ajer. nanti lah lain kali aku kena tengok betul resepi dia. lepas tu mungkin adunan tepung tu kena pekat skit kot.

 


Rabu, 17 September 2003, 1.12 p.m 
aku sakit telinga

telinga aku sungguh sakit sekarang nih.. iskk. aku pun tak tau kenapa telinga aku ni selalu ada masalah. ari tu ada jerawat tumbuh dalam telinga dan kat dalam cuping telinga aku. sakitnya denyut² sekarang dah hilang dah jerawat tu dah pecah. aku ingat nak jumpa doctor tapi masih belum sempat. nak keluar time opis hour ni macam malas pasal leceh. buat masa sekarang aku hanya guna minyak cap kapak ajer sapu kat tepi² telinga kalau telinga aku denyut yang amat sangat.kekadang aku rasa cam ada beruang dalam telinga aku ni sebab mencucuk. hari tuh aku dah pegi cek doctor 4 bulan yang lepas. then doctor cuma kasi ubat titik ajer. ubat tu masih ada tapi aku takut nak guna takut dah expired nanti lagi teruk telinga aku. telinga aku ni kekadang cam gatal² then aku pun suka korek² untuk ilangkan kegatalan, kekadang cam ada cecair. hari tu masa jumpa doctor, doctor cakap kena infection. sebab tu aku kekadang menghadapi masalah pendengaran. kalau orang cakap slow cam semut memang aku tak dengar sgt.

 


Rabu, 17 September 2003, 12.36 p.m 
kenapa aku malas sangat

aku tak tahu kenapa aku malas sangat sejak akhir² ini, sistem yang boss aku suruh buat aku masih belum repair, sistem tu dah aku present masa mula² aku siapkan dulu tapi masih ada 2-3 part yang kena tukar. memandangkan benda yang nak ditukar tu agak susah, so aku macam malas nak berpikir. aku sejak akhir² ini memang dah malas nak buat programming. nak tengok coding sampai naik juling biji mata. aku dapat rasakan yang aku ni tak sesuai dengan bidang programming dan system development ni. tapi aku lebih suka kepada kerja² design tanpa adanya kerja pembangunan sesebuah software atau sistem. tadi pagi aku baru hantar fax untuk dapatkan quotation printer yang boss aku kasik tu.. walaupun ni bukan kerja aku secara khususnya tp aku perlu buat jugak..sekarang aku cuma tunggu feedback dari company² tuh dan bila dah dapat quotation aku hanya perlu tunjukkan kat boss aku yang mana dia berkenan then suruh org yg berkenaan untuk order.

kisah semalam
kisah semalam memberi banyak kejutan kepada aku. sewaktu pagi aku telah dapat satu berita yang amat mengejutkan tapi memang dapat dijangkakan. then tengah hari pulak, dapat lagi satu panggilan telefon memberitahu aku satu perkara yang tak disangka² selama ini. Tapi kini aku telah dapat membuat kesimpulan ke atas berita yang disampaikan itu. Perkara ini seolah² pernah terjadi ke atas diri aku sebelumnya tapi dengan cara yang berbeza. dan kini ia kembali berulang. patutkah aku mengambil tindakan seperti yang telah aku buat dahulu atau aku perlu menukar tindakan aku sebaliknya. aku sendiri tidak tahu. sekarang keadaan agak berbeza, maka segala tindakan yang aku perlu ambil juga sepatutnya berbeza. tapi aku telah mengambil keputusan yang tak nekad untuk tidak mengganggunya buat sementara waktu. aku juga perlukan masa untuk bersendirian sekarang ini.mungkin untuk melupakan atau memulakan kehidupan baru aku perlu mencari sesuatu yang berlainan. segalanya telah aku rancang cuma masa yang akan menentukan

cadang nak tukar tempat kerja
sekali lagi aku beria² untuk bertukar tempat kerja, aku serasa sudah bosan berkerja di sini. banyak perkara yang telah terjadi walaupun lebih kepada masalah peribadi aku sendiri. sekarang ni aku nak try mintak kerja kat UM plak. borang boya dah amikkan semalam. malam karang dia akan datang ke rumah aku untuk kasi borang tuh. lepas tu kitaorg nak pergi ambil gambar aura dekat amcorp mall. saja aku nak tau berkenaan aura. pasal dari pembacaan aku aura ni adalah tenaga dalaman yang memang ada pada setiap badan manusia. so dari kaler aura tu kita boleh tahu personaliti dan masalah yang dihadapi dan cara penyelesaiannya. apa² malam nanti aku cerita apakah kaler aura aku.

 


Selasa, 16 September 2003, 9.15 a.m 
pepagi selasa yang mandom

aku tahu MEREKA sedang memperkatakan tentang diri aku, bercerita tentang diriku walaupun hakikatnya MEREKA tidak sepatutnya berbuat demikian..

MEREKA mengumpat, mengeji, mentertawakan aku seolah² aku ini hanyalah seketul batu yang tidak mempunyai perasaan. kemudian MEREKA membaling dan menjaja cerita² aku ini agar diketahui oleh MEREKA yang lain, dan kembali mengulas, mengupas isu yang tidak ada langsung berkenaan dengan MEREKA.

sesungguhnya aku amat tak suka, benci dengan orang yang selalu mengata aku dibelakang tetapi sebaliknya bila berhadapan denganku, muka manis bak gula melaka, tetapi dibelakang seperti cuka. aku benci orang yang hipokrit, penipu dah talam dua muka. Orang seperti ini perlu dihapuskan dari mukabumi kerana MEREKA ini hanya akan membawa kebinasaan kepada manusia sahaja.

arghhh aku amat geram.. geramm kenapa perlu MEREKA masuk campur dalam hal hidup urusan aku.Tapi siapakah MEREKA itu?? jawapannya ia ada di tangan anda.. anda yang akan menentukannya. tak payah nak susah² undi sms.. tepuk dada tanya selera.. jika anda mengenali saya tanyalah diri anda sendiri sama ada anda pernah bersikap seperti yang diperkatakan di atas tadi..jika yaa maka andalah MEREKA itu, jika tidak.. baguslah..

 


Isnin, 15 September 2003, 2.48 p.m 
sekali lagikk

sambung lagi tulis jurnal hehe..aku ni memang ada time dia.. part time rajin menulis tu rasa nak tulis ajer 24 jam.. tapi kalau part malas tu berbulan la tak sentuh homepage aku nih..tetiba teringat nak tulis.. lagi seminggu ajer birthday aku..iaitu pada hari ahad ni 21 sept 2003.

setahun yang lepas time birthday aku, aku berduka cita.. kerana aku sorang² kat opis.. masa tu opis aku ni tgh anjurkan conference.. aku plak kena stay sabtu ahad pasal nak siapkan kerja..dah la hari tu birthday aku..
masa tu aku rasa sedih sangat.. pasal aku sorang²..sms ucapan birthday tu ada la.. call tak ingat..rasanye ada kot malam tu.. jebat call wish.. kak peah lak time tu kat bangkok.. nana aku tak ingat pergi mana.. tapi mang time tu semua kengkawan aku takde kat KL lah..

ni tahun nih..ingat aku plak tak nak berada di KL.. tapi nampak gaya berada di KL gak la.. pasal 26 baru pergi holiday. kalau idak aku mang plan minggu 21 ni nak pergi holiday.. untuk plan birthday aku ahad ni.. aku takde apa² plan lagi..tengok keadaan lah apa nak buat..nak buat party pun dah sengkek hehe.. duit dah habis buat pegi genting ari tu.. ni nak gi tioman ni pun nak kena budget gak..

hubungan aku ngan jebat now dah kembali seperti dulu².. tatau la sejauh mana kan..ada jodoh ada ler.. takde aku berserah ajer.. dia pun now masih study lagi. so aku malas nak pikir lagi.. biarlah takdir yang menentukan segalanye.. cintan gila babi pun kalau dah takde jodoh sama ajer.. kita hanya berusaha..tapi tuhan yang merancang segalanye..

 


Isnin, 15 September 2003, 11.30 a.m 
dah lama tak update

fuyoo dah dekat sebulan aku tak mengupdate jurnal aku nih.. memang bermacam² cerita suka dan duka yang telah dilalui..aku sememangnye banyak cerita yang hendak dikisahkan tapi aku tak reti sgt macam mana nak mengolah ayat yang sesuai dan memang agak kemalasan nak menulis kat sini tapi takper.. aku akan cuba ceritakan kronologi dari berita² yang tertinggal hingga kini..ahakss

mula² aku akan cerita mengenai cerita pengalaman aku semasa holiday 4 hari 3 malam bersama-sama shasha, urban dan aini. 1 hari kat genting iaitu dari 28 august sampai 29 august 2003. then dari 29 august sampai 31 august cuma berada di KL ajer. aku cuma bawak bebudak tu jalan² cari makan..oteh mari kita start dari hari pertama..

hari pertama 28 august 2003
hari tu hari khamis.. aku bangun pepagi dalam area kul 8 lebih gitu baru nak packing barang..belek nye belek aku bawak la dalam 5 helai baju termasuk satu baju tidor n satu suar tido. then bawak satu jeans..lelain paham² lah yer .. sebelum aku bertolak aku on internet dulu nak cek sama ada gaji dah masuk ke belom. if dah masuk senang skit aku nak joli sakan. if tak masuk terpaksa la aku berjimat cermat kat genting nanti. so selepas cek. Alhamdulillah gaji aku dah masuk.. lega rasanye.. seperti yang dijangkakan gaji masuk agak lebih dari biasa maklum la backdated nye increment..

pukul 10 kalau tak silap aku. aku pergi ke bank dulu pasal nak bayar bil CC MBF aku.. aku kalau boleh masuk ajer gaji terus bayar. aku tak suka lengah. lepas settle semua bende rasa lapang dada. tak payah nak pk pasal hutang² yang belum diselesaikan. so bila dah settle semua, balik rumah aku terus amik beg dah bertolak ke genting..

aku bertolak dalam pukul 11.20 pagi gitu tak silap. aku bertolak dari rumah aku naik LRT. so sampai gombak station dalam pukul 12 lebih. sampai ajer kat gombak station terus beli tiket bas untuk ke genting lower station. nasib baik ada bas pukul 12.30. so sementara tunggu bas aku lepak² dulu lah sorang.. sambil beli makanan roti ngan jagung. pasal aku lapar belum breakfast lagi.. tepat kul 12.20 bas sampai. terus naik bas.. aku tengok ramai cina² yang naik bas, kebanyakkannya semua tua. maklum la hari kerja tak ramai la yang muda². semua yang pencen² belaka..dorang ni mungkin pergi sama ada untuk berjudi atau untuk bersuka ria cam aku hehe..masa aku naik bas tu aku bawak la plastik jagung aku tuh.. plastik jagung kaler merah. peh tu drebar bas tu siap tegur suh aku jgn buang sampah. ek elehh macam la aku ni buang sampah merata-rata.. aku tahu lah.. aku ni makan bukan jenis suka nak sepah² lepas makan.. aku pun diam ajer bila dia tegur gitu..cuma mengiyakan.. kang aku banyak cakap jadi bertekak plak. saper yang malu aku jugak nanti..hihihi..

masa dalam bas yang duduk sebelah aku tuh lelaki india.. dia pun lone ranger gak cam aku kot..then belakang aku lelaki melayu sebelah cina.. dalam bas tu cuma dua orang ajer pakai tudung iaitu aku sendiri dengan ada satu couple tuh awek dia yg pakai tudung.. may be dorang tu gi bertenet kot hehe jaga² silap haribulan kang masuk edisi siasat baru padan muka hangpa

bas sampai awal dalam pukul 1.10 gitu. dalam 40 minit perjalanan dari gombak lrt station ke genting lower station. so sampai ajer aku terus turun untuk naik cable car..aku cuma jalan selamba rock ajer pasal masih awal.. aku budget time shasha akan sampai genting dalam pukul 2.30 gitu..pasal bas bertolak dari SG pukul 9. so dalam 5 jam lebih sampai la genting if tak jam sgt..

dengan hanya membawa beg sandang kat belakang tuh, aku pergi ke cable car station yang terletas di tingkat atas sekali. tak ingat dah tingkat berapa cuma aku tahu dia atas sekali la. so aku tengok suasana tak ramai. tak der la barisan panjang untuk beratur..aku pun kasi tiket kat orang yang jaga kaunter tu dan bersedia untuk naik cable car..masuk ni dah kali ke berapa ek 8 ke 9 ntah aku naik kete cable.. walau pun dah biasa gak.. tapi memula tu cuak gak.. tergoyang² gitu.. aku berpaut pada tiang hehe seramm aahh.. dalam kete cable tu ada 6 orang ajer. ada cina kat belakang aku tuh.. then tepi aku tuh budak melayu cina sorang and sorang lelaki cam indon pun ada gaya dia.. yang pompuan cina tuh cam gaya kerja kat genting ajer..

dalam pukul 1.45 aku dah sampai ke puncak genting.. sejuknya udara.. terasa nyaman dan segar.. dah lama tak menghidup udara segar..tarikk napassss lepasss.. tarikk lepasss hahaha jap yer sambung..

di puncak taman tema genting
sampai ajer di puncak genting, aku terus melangkah kaki menuju ke hotel theme park.. walaupun aku ingat² lupa kat mana tempat dia.. tapi kaki aku berjalan laju mengikut arah yang telah sedia terpapar kat signboard.. nasib baik lah ada sign board kalau takde iskk tatau la cam ne.. sure sesat..

perjalanan dari cable car stesen ke theme park hotel banyak turun escalator ajer.. sambil² tu aku jeling² tengok kat mana arah 1st world hotel.. pasal nanti shasha kata dia akan turun dari bas kat depan entrance 1st world hotel.. so nanti lepas check in senang aku nak pegi.. sebelum tu aku dah call shasha tanya dia kat mana. dia cakap dia masih di KL, bas baru lalu lepas federal hotel..

oh maksudnye dorang baru sampai jalan bukit bintang la tuh.. so lagi sejam baru dorang sampai..aku berkira² sempat lah aku melepak² kat hotel baring² dulu.. sampai kat lobi hotel aku terus mengeluarkan email yang telah siap sedia di print.. memandangkan aku booking hotel ni melalui email dan semua pembayaran telah pun dibuat menggunakan card credit. so aku cuma menunjukkan kertas yang telah aku print..kat kaunter tu lama gak lelaki cina tua tu cari² tapi cam tak jumpa.. lepas tu dia suruh budak pompuan melayu tu cari.. sekejap ajer jumpa.. lega hatiku.. cuak jugak.. mana la tahu booking tapi tak masuk dalam sistem ke.. risau jugak aku.. ni plak aku kali pertama booking hotel secara online nih..
setelah semua check in selesai. aku di beri bilik tingkat 2, family suit.. memang aku book family suit sebab kitaorg ada empat orang. so luas skit.. kalau tak silap aku bilik tu bernombor 6207..aku pun turun tangga seperti yang ditunjukkan arah. sampai bilik 6207 aku terus memasukkan key dia.. fuyoo luass gilerr room dia..
puas hati laaa..dengan sewa 124 ajer dapat bilik nih.. bilik nye macam 2 bilik then ada lorong tengah. dalam perjalanan lorong tu ada pintu ke bilik mandi n toilet..
aku memilih bilik yang dekat tingkap senang nak lepak2 kat tingkap.. sementara side bilik sana takde tingkap tapi ada tv and kipas hehe.. alah kat genting ni sejuk buat apa nak berkipas².. nanti beku.. aku menengok syiling nasib baik ada arah kiblat tak payah la susah² nak letak kompas.. hahaha aku dah siap bawak kompas.. mana la tahu..kekadang setengah hotel takde arah kiblat. jenuh plak nak menengok matahari terbenam kat mana..

sementara tu aku bukak tv and test tengok dapat tak NTV7, maklum la nanti kalau berkesempatan aku nak tengok juana. kalau tak sempat nampak gaya terlepas lah..aku baring² kat hotel sambil tipon kak peah..saja kaco akak.. hehe then lepas tu call beskot tanya kat mana.. dia kata on de way. dah masuk naik bukit nye jalan. dia cakap dalam pukul 2.30 aku kluar dari bilik amik dorang kat 1st world hotel.. aku tengok jam baru pukul 2. lambat lagi.. hehe boleh lepak².

setelah solat dan selesai semuanya.. tepat 2.25 aku pun kuar bilik untuk jumpa dorang kat 1st world hotel..sepanjang perjalanan bestnye sejuk ajer..walau pun aku jalan sorang² macam orang gilerr tapi aku tak kisah sebab kejap lagi ada la member..sampai kat 1st world hotel aku tunggu kat entrance dia.. aku target jap gi mesti bas turun sini...dalam 5 minit tunggu dapat call dari shasha tanya kat mana. aku cakap aku kat depan entrance hotel ni tepi jalan tunggu bas..rupanye dorang dah turun bas kat area bawah hotel tu gaknye then dorang kat lobi hotel.. aku pun masuk ke dalam. dari jauh dah nampak shasha, urban and aini.. yehaa bermulanye enjoy² holiday.. aku bawak dorang ke hotel theme park.. shasha tanya jauh ke.. aku cakap dekat ajer.. jalan pun tak terasa pasal cuaca sejuk..banyak betul beg dorang bawak.. shasha bawak beg tarik² cam pramugari tuh.. sementara si urban and aini lak bawak beg sandang belakang..penuh gak la barang2 dorang..

setelah sampai hotel, berehat² dan letak barang kitaorg pun keluar balik jalan.. memula nak cari tempat makan..lepas makan kitaorg jalan area 1st world plaza..shopping, main bowling, naik roller coaster dalam 1st world tuh..amik gamba.. possing.. sampai la ke malam..nak pergi outdoor theme park tak sempat.. pasal tutup pukul 6.. so kitaorg cadang untuk pergi esok ajer..malam tu kitaorg lepak kat starbuck tepi kenny rogers tu.. kat genting tu tak abih² kena kaco ngan mamat kat situ.. ada satu group tu ikut jalan sambil tanya" boleh ikut".. si shasha ni seperti biasa dah tarik muka masam.. dia memang tak suka mat² kental (istilah dia haha) kaco cam nak berkenalan nih.. cuma urban ajer yang layankan. urban cakap nak pegi ikut ke mana..tak malu ker.. giler ke hahaha..lelama bebudak tu blah..peh tu kengkawan mamat tu gelakkan mamat yang kaco kitaorg tuh..

then kat kenny rogers pun sama kena kaco lagi iskk.. biasa la lelaki ni pantang tengok pompuan cantik mula laa nak menggatal.. masa aku ngan shasha nak bayar tuh cashier tu siap kasi no resit ada tulis no phone.. dia kata nahh ni manager dia kasikk.. aku ngan shasha syakk manager dia yang kepala botak tu la rasanye.. shasha nak geram gak.. tapi aku dengan baik hati amik.. pasal tak nak orang kecik hati.. nanti orang sakit hati susah plak.. walaupun dorang tu niat nak kenal² ajer but jgn la tunjuk kita tak suka kan.. so just amik nanti kalau tak suka just buang ajer resit bernombor tipon tuh..sementara urban ngan aini plak time tuh kat kedai mamak sibuk beli capati.. then lepas beli makanan semua.. kitaorg balik hotel. pasal banyak dah tutup kedai².. time tu dah dekat pukul 12.30 dah rasanye hehe jalan punya jalan tak terasa..sampai hotel lepas makan ajer.. sembang² terus tido.. masa tido iskk bising nye bilik atas tuh.. macam orang tarik² katill.. nak tido pun tak senang..dalam hati aku betul ke orang tarik katil ni atau ada something kat bilik atas tu iskk..seramm.. lepas tu aku pun tertido tak sedar.. sebab terlampau kepenatan.

hari kedua 29 august 2003

pagi tu urban paling awal bangun.. dalam pukul 8 lebih..so selepas semuanya mandi dan bersiap.. kitaorg pun keluar pergi makan kat sini.. buffet breakfast. mahal siott 18 ringgit.. iskk kat genting ni makanan mang mahal² laa.. kalau duk sini bankrup aku..
kalau nak maklumat lanjut tentang tempat tu click sini nama dia tropical cafe.. memang ok la tempat dia.. makanan pun sedap.. then buffet leh makan sebanyak sampai perut meletup.. hehe tapi sekali sekala ok la.. hari² sakit aar..

lepas makan kitaorg terus pergi ke outdoor theme park. beli tiket dengan rege 29 kot ke 30 lebih ntah.. tak ingat dah aku..before tu lupa nak cerita..kitaorg before keluar tanya hotel.. pukul berapa last untuk check out..then hotel cakap pukul 1. maksudnye nanti kena kluar pukul satu then tinggalkan beg kat tpt simpanan beg kat lobi hotel. lepas tu baru sambung main sampai puas..dalam theme park macam² la kitaorg main.. naik flying dragon, naik kapal kayuh² tuh.. naik go cart. lepas tu mende yang pusing² apa nama ntah.. then urban ngan aini lak naik solero.. hehe aku seram nak naik..nanti tercabut jantung.. si shasha lak dia kata dah pernah naik.. dia pun dah tobat tak nak naik.. semua takut.. flying dragon memula aku seram nak naik.. tapi lepas dah naik suka la plak terus naik sampai 2 kali trip hehe..

lepas jalan² area theme park..then kitaorg nak beli sourvenir..lepas tu dalam pukul 4 lebih kot tak silap aku baru kitaorg bertolak untuk balik ke KL..

sebelum terlupa aku nak cerita kejadian hari pertama kat genting masa nak tuka duit tuh.. aku pun tak tau sgt kat mana money changer kat genting nih.. so jenuh la gak cari and tanya.sekali tanya.. dia cakap apa??.. kalau nak tuka duit kat sini ada satu tempat ajer.. kat kasino alamak.. kat kasino la plak.. so aku, shasha, urban and aini pun pegi la kat kasino. sampai kat sana tercengang² la jugak pasal tak tau kat mana nak tuka duit.. tak nampak plak signboard money changer.. yang ada kaunter tiket untuk masuk kasino apa kejadahnye nak main kasino haha.. semua situ mostly chinese people laa. dorang tengok pun pelik..yang si shasha ngan aini plak siap dah beratur kat kaunter tiket kasino haha.. semua orang pandang² yer la muka melayu.. tapi berbaris nak beli tiket kasino.. hehe.. lepas tu pusing² gak baru la terperasan ada maybank nye tempat tukar matawang.. kat tapi entrance pintu kasino tapi side dalam kasino.. maksudnye kena masuk laa.. aku ni dah la pakai tudung.. semua orang pandang².. tapi dorang just pandang² gitu ajer .. terpaksa la aku buat muka selamba badak.. kitaorg pun dengan selamba badak melangkah masuk ke pintu masuk kasino tuh.. guard tu melayu dia tengok semacam gak.. then masuk ajer kena tahan.. dia tanya " ni nak ke mana ni?".. aku pun cakap la nak tukar duit.. then dia tanya lagi" ni dari mana ni". peh tu aku n bebudak tu pun menerangkan la.. dorang tu dari sg nak tuka duit...guard tu mintak tunjuk passpord.. shasha ngan aini pun tunjuk passpord.. then aku cakap aku mesia dia tak kasi masuk.. aku cakap" nak teman kawan ajer saya nak masuk".. then dia kata tak boleh.. dia tahan aku masuk. so terpaksa la aku kluar.. sementara shasha, urban and aini masuk dalam tuka duit.. masa tu aku tengok semua orang pandang² gaknye.. yerlaa pompuan bertudung nak masuk kasino pekejadahnye hahaha.. abang² melayu kat dalam maybank tu pun pelik terjenguk2 masa tu..dia pelik gaknye naper la bebudak ni nak masuk kasino..

sementara tunggu shasha n lelain tuka duit.. aku duduk agak jauh dari tpt kasino tu.. tapi masih di floor yang sama.. aku duduk berdekatan kedai batik tuh hehe so takde la malu sangat..nanti orang ingat aku nak main judi plak kat kasino..lama gak tunggu dalam 10 minit.. nampak la muka shasha n lelain kuar.. lega rasanye.. time tuh kalau kena tahan polis iskk mahu aku jadi pendatang haram gaknye.. dompet aku time tu kat shasha. ic aku semua kat situ.. riso plak.. nasib baik la..

perjalanan balik ke KL

sampai kat genting lower station tuh.. memula kitaorg decide nak naik teksi kalau murah.. then sekali tanya teksi tu ketuk nak mampus.. so urban cakap kita naik bas turun kat pudu, then dari pudu baru amik teksi ke hotel..
kitaorg pun amik tiket bas.. dalam pukul 4.30 bas bertolak ke KL. dalam perjalanan tu aku ngan shasha sembang..dari satu topik ke satu topik.. sementara urban ngan aini plak tido mungkin letih seharian main kat genting.. sampai kat KL jalan jam teruk.. maklum laa time tu orang baru nak kluar opis dalam pukul 5.30 time tuh..then shasha suggest call hotel mana la tau.. if lambat dari pukul 6 selalu hotel akan batal automatik booking.. so urban call hotel tanya.. terkejut cam nak luruh jantung bila dia kata tetiba room yang kitaorg dah book tu cancel.. iskk.. bila masa lak aku cancel.

untuk pengetahuan semua.. shasha book hotel ni melalui agent travel asia kat singapore.. semua dah konfirm.. email pun dia dah send..so macam mana plak pihak hotel boleh cakap cancel iskk tak paham aku..

sebelum tu memang aku ada gak book hotel guna asiaweb berpangkalan di thailand.. aku guna online booking.. then dalam form tu cakap if aku tak kasi CC so dalam masa 24 jam dari akan cancel automatik.. aku tak kasi cc pasal aku tak confident dengan sistem yang di guna pakai..then bila time asiatravel nak booking dia ada prob.. dia kata nama aku dah di register kat hotel tu tapi under agent lain, so dia suh aku cancel baru dia leh booking kan under agensi dia.. aku plak nak cancel cam ne iskk dah la booking online.. peh tu kat site asiaweb tu takde plak form untuk cancelation and contact no kat mesia pun takde.. yang ada contact no kat telen.. pekejadahnya.. lastly aku contact hotel suh cancel booking under asiaweb agensi tu.. so hotel tu cakap dia tak leh wat gini nanti aku akan kena charge.. aku cakap aku tak kasi CC, so dorang tak leh nak charge.. then bila aku call back hotel dorang kata dah cancel..

selepas tu aku contact shasha suruh asiatravel booking balik.. pasal nama aku under asiaweb dah cancel.. then shasha kata ok.. then dia pun call agent kat asiatravel dan booking.. and everything is confirmed..

bila aku call balik hotel tu macam mana leh cancel plak iskk.. ni mesti dorang salah paham ni.. aku rasa la dorang terkonpius. pasal nama aku ada buat dua booking under agent berlainan.. dorang refer cancel tu mesti ada asiaweb tuh.. so sebab tak puas hati.. urban call asiatravel agency kat sg.. dia cakap confirmend.. room memang dah book. macam mana plak leh cancel.. card credit pun dah kasi no.. means confirmed lah..dia kata akan try call pihak hotel untuk pastikan..si shasha seperti biasa dah start bebel..dia kata selalu gini..ari tu masa dia datang KL pun kat concorde hotel kes yang sama berlaku.. kat sg agent dah kata confirm then bila sampai KL. pihak hotel kat KL cakap takde book.. iskk macam mana leh jadi cam gini..kesimpulannya lepas ni kalau nak book hotel..terus direct call hotel ajer.. atau kalau nak murah boleh melalui agent.. then bila agent cakap dah confirm make sure call hotel balik utk pengesahan.. takde la kes bila time nak pegi holiday tetiba hotel tak book.. tak ke naya..

then setelah pihak sg call hotel.. kitaorg call balik hotel.. dan dia kata ok.. sampai kat hotel dalam area pukul 6.05 minit gitu.. terus check in..memula ada prob gak lepas tu nasib baik ok. dia kata ada dua nama aku dalam booking sistem tuh.. mungkin dorang dah retrieve balik data yang dah di delete tu kot.. cakap aku dah cancel tuh..

so malam tu kitaorg jenjalan kat bukit bintang.. then malam makan kat saloma bistro..mang la class makan kat situ..siap ada live band lagi.. best.. tapi duit pun best gak la kluar ahaksss lepas balik makan tuh.. kitaorg cuma round² kat hotel ajer.. tapi takde apa sgt..peh tu balik bilik terus tido..

hari ketiga 30 august 2003

hari ketiga, aku bangun paling awal dan paling awal mandi hehe.. then seperti biasa setelah semua siap. aku bawak dorang jalan ke KLCC untuk shopping.. sebelum tu cuma round² area BB Plaza and Sg wang..kat KLCC lepak makan dunkin donut.. pasal shasha tu antu dunkin donut.. maklum la kat sg takde.. so kat sini ajer boleh makan..lepas tu jalan shopping.. beli kasut..si aini siap bersolek lagi.. peh tu amik gamba kat tempat jual kosmetik tuh..lepas tu kitaorg hi tea kat flaminggo hotel..aku ajak dorang pegi sana.. satu kepala 25 ringgit..sana makanan boleh tahan gak.. lepas makan kitaorg terus pergi ke masjid jamek..

untuk mengelakkan terkandas dalam kesesakan lalu lintas.. aku ajak dorang naik cab then terus ke lrt ampang.. naik star lrt terus sampai masjid jamek..teksi ke lrt ampang dari flaminggo hotel tak jammed sangat.. pasal dia bukan ke arah bandaraya kan.. kalau nak patah balik ke KLCC sure teruk.. di tambah plak time tu hujan lebat.. sampai kat mesjid jamek kitaorg terstuck kejap pasal hujan.. tak boleh nak shopping kat area situ.. lepas ujan dah redha.. baru pegi shooping.. dari jalan mesjid india ke jalan tar.. si shasha beli macam² tudung untuk mak, makcik dan nenek, baju pujanbi dan kasut.. si urban lak beli tudung gak.. and kasut.. aini pun sama.. haha semua beli tudung tapi semua untuk mak, makcik and nenek. hehe pasal dorang tak pakai tudung..

then malam tu kitaorg gi ke pasar malam jalan TAR.. dah nak patah kaki rasa berjalan seharian.. lenguh siott... kalau boleh naik roller blade kan best shooping kat situ.. takde la sakit kaki aku nih..iskk kat pasar malam tu dah la seram.. ada mat² indon kot cam ikut kitaorg.. peh tu cakap.. waa cantiknyaa..manisnyaa.. shasha dah seram.. kitaorg pusing² dia ikut.. then sampai satu part tu pusing.. kona.. baru tak nampak muka dorang tu.. seramm.. aku pun seram.. kawasan situ mang black area skit..muka cam perogol bersiri ajer.. iskk..

lepas habis shopping tibalah masa untuk balik.. fuyyooo malam tu malam merdeka.. paham² ajer laa.. dah tu plak sambutan merdeka kat dataran tu tak kurang hebat dan berdekatan plak ngan masjid jamek tuh.. memang jammed teruk laa jalan.. sampai nak balik amik teksi ke bukit bintang.. semua teksi tak nak.. maka terpaksa la berjalan kaki.. dah la kaki nak patah.. jalan jauh lagi.. terpaksa tahan laa. si shasha ngan aini plak dah bebel² kepenatan hahaha.. takpe laa sekali sekala..setahun sekali jalan kaki kat KL, apa salahnye.. kaki aku pun nak patah gak.. si urban dah jalan kat depan pasal dia mengejar toilet patut jalan laju semacam.. cam orang tak penat lak..tapi malam tu memang ramai la org jalan kaki.. aku rasa semua kot.. pasal jammed teruk.. then kat bukit bintang pun ada sambutan merdeka.. lagi la bertambah teruk.. setelah penat berjalan kaki selama lebih kurang 35 minit maka sampailah ke destinasi kitaorg iaitu federal hotel kat jalan bukit bintang.. bayangkan lah.. dah la seharian berjalan kat jalan masjid india, jalan TAR shopping.. peh tu balik lak jalan kaki dari masjid jamek ke bukit bintang.. memang mau patah kaki..

sampai kat jalan pudu nak belok ke jalan bukit bintang tu ada mat salleh tanya aku kat mana china town.. aku pun cakap kat dia.. sure sesat mat salleh ni gaknye dah la time² jam gini.. gaknye dia nak amik teksi gi sana.. teksi nanak bawak la tuh.. tu dia pun terpaksa jalan kaki ke sana hehe then dia lost tatau hala tuju..

sampai kat KL urban terus ke toilet.. aku plak ngan shasha and aini kepenatan.. nasib baik la dah beli makanan kat jalan TAR tadi. time tu aku rasa dah dekat pukul 10++.. lepas makan kekenyangan kitaorg berehat jap sambil tengok tv..dan lintas lansung sambutan kemerdekaan.. sempat la jugak aku tengok citer the son kat odisi tuh..then kul 12 ingat nak turun ke bawah nak countdown sekali..tapi tak terturun pasal kusyuk tengok tv sambutan kat dataran.. then dah dengar bunga api baru turun bergegas.. urban lak time tu dah penat.. tak larat nak turun.. so aku aini and shasha ajer turun.. kedai² masih banyak bukak kat jalan bukit bintang tuh.. dorang tau time ni la nak buat bisnes.. pasal orang ramai ya ampunn(tiru gaya Ada apa dengan cinta).. cam semutt.. tapi mang happening la malam tu.. lepak² sambil tengok orang ramai.. jalan plak dah tutup.. semua berjalan kat tengah² jalan raya..best betul.. sempat jugak la kitaorg kena spray dengan sorang budak india tuh... dah la orang baru mandi.. dia spray plak dengan spray sambutan party tuh. apa kenamanye ntah.. menatang tuh aku pun tak sure..

aku nampak mang malam tu polis berkawal gak la.. mana la tau kalau ada kejadian tak diingini berlaku.. tapi aku bangga gak jadi rakyat mesia.. time tu rasa sonok bawak bebudak sg nih.. malaysia ni aman tanpa kira kaum dan bangsa semua kumpul tanpa ada sebarang pergaduhan.. tapi dalam tu gak aku rasa tercetusnya gejala sosial.. pasal kalau tengok time cam gitu. terutama yang couple ni laa.. kalau yang kengkawan ni rasa takde apa.. dorang pun cam aku gak datang just nak memeriahkan suasana and duduk² kat bintang walk tu sambil tengok²

dalam pukul 2 lebih kot baru kitaorg balik..lepas balik penat.. apa lagi. boomm terus tidoo.. badan dah letih.. perut dah kenyang.. mata pun dah ngantuk terus tido..

hari keempat 31 august 2003

hari ni hari last enjoy bersama-sama kengkawan aku.. hari ni shasha,urban and aini akan balik.. dorang nye flight pukul 7.00 p.m. kena check out dalam area pukul 1. pepagi tu shasha suh aku call mintak tolong kat member yang ada kereta tolong hantar ke airport..kalau naik teksi dia mahal and nak naik ERL pun mahal gak.. dorang duit dah sengkek hehe tu la shopping banyak sgt.. aku ni ada lesen tapi memandangkan dah lama tak drive so aku tak confident.. kalau idak leh pinjam kete akak aku.. then suruh si jebat bawak.. dia pun ada kat KL. tapi bila call dia,dia kata dia nak ke shah alam.. tak ke KL ari ni.. so aku pun decide call azizan..mintak tolong dia if dia free. then azizan ok ajer. sib baik la ada dia.. so dia akan amik kitaorg kat hotel dalam pukul 4.30..

ari tu aku just bawak dorang ke KLCC ajer.. shopping memaner yang patut. dan si shasha lak nak beli dunkin donut nak bawak balik ke SG. lepas tu kitaorg just belegar kat area bukit bintang ajer.. then sambil tengok mahathir wat perasmian monorel ari tuh.. dari kedai kat tepi tuh.. kat bawah tu panas siott.. tak kose aku nak duduk berpanas kat situ.. sambil² tunggu si aini and urban shopping kat kedai tu.. leh lepak kat tepi tingkap dia.. tengok perasmian. lagipun dia siap ada sediakan kerusi lagi dan meja untuk duduk².. so lepas jalan semua.. kul 4.30 kitaorg pun amik beg dan tunggu azizan datang..kitaorg dah check out kul 1 tadi. then beg seperti biasa la tinggal kat tpt simpanan beg kat lobi tuh..

perjalanan ke KLIA dalam 50 minit gitu.. slow skit laa azizan pun bawak slow.. maklum la kancil.. dah tu naik 5 orang semuanye.. dengan beg² besar hehehe..sampai kat airport dorang terus check in.. then sembang dan jalan, amik gamba.. lepas tu kul 6.15 cam gitu dorang dah masuk side dalam tuh.. aku dah tak leh masuk.. cuma tunggu kat anjung tinjau ajer.. kengkunun nak lambai kapal terbang nanti hehe alah tapi bukannye nampak.. then dalam pukul 7 gitu aku tolak dari KLIA dan sampai rumah dalam pukul 7.40 sampai ajer aku terus mandi and makan nasi.. peh tu berehat.. tamatlah sessi berholiday..yehaaaa

plan holiday seterusnya

begitulah kisah suka duka holiday aku bersama shasha,urban dan aini.. yang suka nye tuh best laa part duka tuh jalan kaki sampai patah kaki heheh..

sekarang ni, aktiviti aku hanya keluar bersama kawan² aku kat sini.plan holiday seterusnya pada 26-28 august 2003 ni aku akan ke tioman.. aku ikut nana..si nana ajak aku pegi. katanye company dia ada buat trip ke tioman.. so dia ajak aku.. if aku tak pergi dia pun tak pergi pasal dia kata dia takde geng nak join satu room.. so aku pun pergi, pasal dah lama jugak aku teringin nak pergi ke tioman ni sampai termimpi² tapi takde member nak di ajak..

lepas tu plak ada satu berita.. aku telah menang peraduan buy and win contest kat genting hehe.. sebab aku book hotel kat genting tu secara online melayakkan aku untuk menang cabutan bertuah.. dan aku pun tak sangka gak.. selalu masuk peraduan tak pernah nye nak menang.. now menang la plak tetiba.. aku cuma dapat hadiah ke 8. jadila.. hadiahnye percutian ke genting lagi..duk hotel 1st world hotel, world club room selama 2 hari satu malam. lepas tu dapat lak dua tiket free genting skyventure.. aku tak tau lagi nak ajak saper..ingat nak ajak kak peah and nana.. tapi tak sure dorang free ke tak.. nak ajak si shasha.. dia kata dah sengkek ehhe.. kalau ikut hati mang nak gi.. tapi dia kata apakan daya, aku bukan cop duit hahaha..

so now aku cuma tunggu voucher tu sampai ke rumah, then baru decide nak pergi dengan saper and bila.. mungkin ajak si boya if dia free atau sesaper ajak.. ala mende free ni kalau ajak sesaper sure nak punya..

percutian aku ke tioman nanti aku akan ceritakan lagi yer.. si nana suruh aku bawak video camera.. akan aku pikirkan.. aku malas nak berat² beg nih.. lagi pun kaset dia dah takde.. semua dah full.. then dia suh bawak gitar gak.. leh lelepak tepi pantai sambil main gitar.. aku pun now dah lama tak pegang gitar aku tuh.. baru 2-3 hari ni ajer aku pegang² balik main.. tangan pun dah tak cekap cam dulu.. ahakss..

hari ni seperti biasa hari isnin ada pasar malam.. sekarang ni aku rajin masak.. tak tau la kenapa.. dulu aku tak suka masak.. aku lebih suka mengemas.. now aku dah suka masak.. hari² aku masak muahaha.. aku orang kedua rajin masak dalam rumah aku tuh selepas kak rozi.. kalau kak rozi ada tak sempat nak masak dah.. pasal balik kerja ajer dia dah masak.. so takkan aku nak masak lagi kan.. membazir plak kang.. saper nak makan.. ari ni ingat lepas balik kerja nak singgah pasar malam beli barang² dapur.. macam rasa nak masak sup daging plak.. tapi sebelum tu aku nak kena call faezah make sure dia tak beli barang² dapur gak.. kang terclashh dah jadi membazir.. pasal aku rasa dia cuti hari ni.. tadi pagi aku tak nampak dia bangun lagi time aku pergi keje..
so tak mustahil nanti dia beli barang dapur dan dia masak.. so better aku check dulu. if dia kluar then baru aku beli barang ...

ok sampai sini saja cerita aku.. esok aku atau lusa atau bila² aku free aku sambung lagi cerita² aku..salamzz

 


Sabtu, 16 August 2003, 11.25 p.m 
call kawan² lama

aku baru habis call kawan² lama aku. sudah lama tidak tahu khabar berita.. mula² aku call agey..selalu call tak dapat..malam ni call dapat.. masa aku call sora lelaki yang angkat. lelaki tu kata agey takde kat rumah.. then dia suruh aku call no yang dikasi.. then bila aku call ajer, aku dah cam sora hehe. dah lama tak dengar berita.. sembang punya sembang sekali dah kawin rupanye.. tak tau pun.kad jemputan pun takde dihantar.. kecik ati ku iskk iskk..

lepas tu aku call bestfren aku masa sekolah menengah lak..seorang dr.. yaty namanye.. dia ni dulu banyak tolong aku masa skolah.. terutama masalah add math hehe. kalau agak2 tak leh settle mintak tolong dia..seronok sembang ngan yaty.. dekat 2 jam aku gayutt.. fuyyyoo.. lama giloss.. banyak betul yang diceritakan.. dari satu cerita ke satu cerita.. kisah kenangan semasa sekolah.. seronok betul time tu..berita terbaru yang aku tau.. ainuddin x-bf dia dah kawin... ainuddin ni bekas classmate aku jugak.. dorang bercinta dari lepas sekolah sampai la masuk universiti. then break dipertengahan atas sebab² tertentu.. lagi sorang member skolah aku zalita.. dengar cerita dah bertunang jugak.

haiii. now kalau citer ajer call berita terbaru ajer mesti tunang and kawin.. giliran aku ni tak tau lagi hehe..ada jodoh esok lusa.. kawin la aku..seronok juga sekali sekala call kawan² lama ni.. bila mengimbas balik kenangan² lama buat kita ketawa..kebanyakkan kenangan yang melucukan, maklum la zaman kanak² ribenaa..lepas call aku tengok album.. teringat balik zaman² tu.. bestnye.. kenangan kat skolah memang bestt..kenangan masa kat universiti pun best gak bila di ingatkan balik tapi tak la semeriah kenangan zaman sekolah.. ada juga kenangan pahit aku kat U..tambah² bila diakhir semester..kalau boleh aku nak lupakan kenangan pahit tu..

cerita sekarang
bercerita tentang kisah masa lampau dan sekarang..sekarang ni aku no komen..hidup aku tak seceria dan segembira waktu aku belajar. mungkin orang kata makin kita besar makin banyak masalah menimpa.. yer memang betul..dan masalah itulah yang mematangkan fikiran kita..sekarang ni dah kerja dah kurang masa untuk bersama kawan² yer lah masing² sudah ada komitment tersendiri. komitment terhadap keluarga.. kerja dan macam² lagi.. so waktu utk berjumpa tu agak terbatas..kekadang sedih juga..tapi apa nak buat..itulah yang dinamakan kehidupan..bak kata Gillian Anderson dalam citer x-files. "people come in and out of our lives to teach us. And we teach other people too.It's part of the process.They come in and they go out.Some stay for longer than others.." begitulah kehidupan..tetapi ia perlu diterusan walau apa pun cabaran yang melanda..

 


Selasa, 12 August 2003, 3.32 p.m 
dah lama tak tulis

dah lama aku tak menulis kat jurnal aku nih.. berkurun lama dah rasanye..dalam tempoh semasa aku tak tulis ni.. macam² dah berlaku.. bermacam² peristiwa yang telah melanda.. ada suka duka pahit manis akhirnya...

aku pun dah lupa apa yang akan aku pertypekan kat sini..cuma sekarang ni aku berasa sangat tensen dek gara² kerana lidah tidak bertulang..benar kata orang lidah itu umpama mata pedang.. sesungguhnya ia tidak bertulang ..tapi ia mampu menghiris mempancung dan membelah hati manusia berserta jantung dan limpanya sekali...

buat masa sekarang memang la terasa sedih di atas apa yang telah diperkatakan tapi aku mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan atau mengambil peduli.. tak perlu aku memikiran secara kusyuk..tiada faedahnya..makin menyakitkan hati aku dan makin merisaukan aku sajer..


holiday nyer plan
lagi 3 minggu.. aku akan bercuti ke genting.. fuuhhhh lega sikit.. sudah lama aku tidak keluar dari Kota Metropolitan ni..semua hotel dan persediaan telah diuruskan.. pada 28 aku akan ke genting sampai la 29 ogos ni.. kat sana aku menyewa di hotel genting theme park.. family suit..pada hari yang sama beskot,urban and aini akan sampai ke sana. dan aku tunggu dorang kat sana..

then pada 29 tu balik sama² ke KL.. dan terus check in kat federal hotel.. semuanya juga telah aku uruskan..cuma tinggal duduk ajer lagi..31 tamatlah tempoh holiday..nasib baik isnin tu cuti.. boleh relaxs skit..malam merdeka tu aku berada di bukit bintang.. best best.. mesti happening gilerr nanti.. tak sabar rasanye menunggu detik itu..


balik kampung

pada minggu 21 september tu aku macam nak bercadang untuk berada di luar KL. mungkin aku nak balik kampung..atau pergi ke suatu tempat yang belum ditentukan.. aku tak nak peristiwa lama berulang.. tiap kali tarikh yang dekat dengan tarikh lahir aku pasti aku menangis sendiri.. aku sedih kerana tiada siapa yang peduli tentang hari lahir aku.. tiada siapa yang ingat..walaupun ramai kawan² di KL tapi semua tak ambil peduli dengan tarikh lahir aku..bukan hadiah yang aku pinta cuma sekadar ingatan tulus mesra..

oleh itu, aku mengambil keputusan tahun ni untuk balik kampung pada minggu 21 sept..at least kalau kat kampung ada jugak parents aku dan kucing² kesayangan aku menemankan..so takdela sedih sangat..sesungguhnya memang aku teramat amat sensitif.. walau pun dari luaran aku ni nampak agak brutal sikit tapi hati dan jiwa aku amat sensitif..tak tahu lah kenapa aku jadi begini.. memang dah perasaan aku cepat tersentuh..wassalam

 


Page:  << Prev  1  2  3  4  5  6  7  8 9  10  11  12  13  Next >>


© copyright 2004 www.akiranagasaki.net.tc