Main
Home
Biodata
Album
Journal
Read
Old Journal
Collection
Islamic Info
Midi
Quotes
Radio & TV
YTunnel
Yahoo Stuff
Poem
Contact
E-Mail
Yahoo IM
GuestBook
Links
Tipah
Wawa
Unsung Hero
Syati
Elaira
Mat Jan
Kak Tini
Fajar
Hanya Sayang
Raya 2020

 

Jurnal Kisah Seorang Aku

Jurnal Terkini dan Terdahulu..
Kembali Ke Jurnal Terkini

Terdapat 98 jurnal telah dimasukkan dengan 13 mukasurat dan anda berada di mukasurat 7

Selasa, 14 October 2003, 1.33 p.m 
grgrgrgrrg

hari ni seharian aku mengadap coding asp nih.. penin dah kepala aku ni yang aku rasa nak tukar bidang nih.. kekadang aku dah malas nak buat kerja-kerja yang berkaitan dengan IT nih..arghhhh bosannyeeeeee....

jam ompej aku rosak

dah la jam kat homepage aku ni tak betul. rosak gaknye.. aku nak edit balik tak sempat lagik..kat hosting brinkster ni plak kena upload satu-satu file dia.. kalau leh upload sekaligus guna ftp atau frontpage kan senang, tak yah susah-susah..tapi apa nak buat mende free maka terpaksa la terima apa yang ada.

posa dan lapar

hari ni hari kedua aku berposa, semalam pun aku puasa. posa ganti dan sunat sekaligus.. aku ingat minggu ni aku nak posa sampai jumaat dan kalau rajin aku akan posa sampai minggu depan lagik..24 plak nak balik kampung tapi tiket belum beli lagik. mungkin ahad atau sabtu ni baru nak pegi beli, sambil tu bleh la aku singgah masjid jamek baya baki cc aku..

hai hai hai hai

haii.. apa nak buat ntah.. dah bosan dah..tadi aku baca iklan kat IKIM, ada keje kosong jawatan pegawai tadbir.. macam teringin nak apply. tarikh tutup 1 nov, ada masa lagik. karang petang aku nak potostat semua resume dan sijil² aku then dalam this week dah boleh apply dah..ada rezeki harap² dapat laa.. aku dah bosan giloss kat tempat keje aku nih..nak kan pembaharuan jugak sekali sekala..

 


Isnin, 13 October 2003, 2.07 p.m 
hari ini hari isnin

hari ini hari isnin, yer semua orang tahu hari ini hari isnin. hari isnin hari mula bekerja semula bagi orang² yang bekerja seperti aku. dan hari mula bersekolah bagi pelajar². tadi pagi aku masih menyiapkan kerja² dan project² aku. masih belum siap sepenuhnya.. arghhhh tensen plak aku..

semalam pegi zoo

semalam aku pergi zoo negara bersama housemate aku dan nana. kami pergi dalam pukul 12.15. berjalan-jalan di zoo tiada apa yang menarik kecuali melihat binatang² di sana. di tambah dengan bau-bauan yang kurang enak, mematikan minat aku untuk melihat-lihat sekeliling dengan lebih bertenaga..penat berjalan, cuaca panas,seluar ketat.. iskk makin gemuk ke aku?? balik zoo aku penin kepala..satu tunggu bas feeder lama sgt, then cuaca panas, tak makan lagik.. nak beli makanan berat. aku tgh kering.. duit aku sekarang tinggal 20 ringgit saja lagik.. sampai la hujung bulan.. harap tahan la..tunggu 24 harap gaji keluar.. aku nak balik kampung lagik.. makan masak ajer. harap dapat menjimatkan duit aku yang serba kureng ini..

kesian sepul

hari jumaat tadi, dengan secara tidak sengaja aku telah mendeletekan file si sepul.. kesian dia.. aku pun konpius macam mana file² tu boleh lesap. aku hanya format C, dan aku dah buat backup kat D. tapi bila install windows xp clean terus plak D tuh. semua file² hilang..nasib baik dia nak resigned, so dia tak lah kisah sgt. tapi riso jugak. mesti sepul sumpah² aku gaknye pasal hilangkan file² kerja² dia selama 3 tahun kat sini.. apa nak buat. iskk. mang masin mulut opismate aku sorang tuh.. dia kata aku dah delete ke file² sepul. dia kata gurau² masa aku format pc tuh.. sekali betul apa yang diguraukan..

maka bertungkus lumur aku mengrecover balik file² dan data yang hilang tuh.. nasib baik boleh.. tapi masih ada file² yang corrupted.. nanti aku try lagik..hari jumaat tuh tak sempat nak buat habis..harap boleh lah recover file² yang hilang tuh.. aku pun tak tau macam mana file² tuh boleh hilang macam dah diformat plak pc tuh.. nasib baik lah ada ittutor.net. boleh aku dapatkan info dari sana macam mana nak mengatasi masalah aku nih.. terima kasih ittutor.. web yang penuh dengan maklumat yang berguna untuk aku..

akak gi Bangkok

minggu ni akak aku gi bangkok seminggu.. lama tul.. sunyi plak bila akak takde.. rindu pun ada..nanti khamis atau jumaat ni baru akak balik ke mesia balik.. balik dari shopping..yehaaaa

kerana tersalah sms

kerana tersalah sms,aku dapat menghidu sesuatu yang selama ini tidak aku jangkakan..kini dia diam membisu mungkin kerana malu yang aku sudah mengetahui hal yang sebenar, namun aku tak mahu bertanya lebih tentang sms itu takut akan mencetuskan perkara yang tidak elok pula. aku hanya berserah dan melihat sejauh mana kejujurannya nanti.. apa² pun aku malas nak layan.. nasib baik laa jauh. kalau dekat dah lama aku pelangkung muahahahah

 


Selasa, 7 October 2003, 4.17 p.m 
bibir aku pecah arghh

ahhhh sakitnyer.. bibir aku pecah kena ulser mulut.. dah la tuh 2 mata lak tuh.putih2 ajer kat mulut aku nih..malam tadi dah letak garam. phewww pedihh gilerrr. terkipas² tangan aku kat mulut.. tak leh tahan.. bila la nak sembuh.. tak sabar rasanye..nak makan pun tak leh.. kena kunyah makanan plak guna side kiri.. pasal tpt luka tuh side kanan..

ngantukzzzz

ahh hari ni aku ngantuk gilerrrr.... tolonggggggggg.. mata ni cam nak terkatup..

 


Isnin, 6 October 2003, 12.15 p.m 


ONLY LOVE - TRADEMARK



2 a.m. and the rain is falling
Here we are at the crossroads once again
You're telling me you're so confused
You can't make up your mind
Is this meant to be
You're asking me

But only love can say - try again or walk away
But I believe for you and me
The sun will shine one day
So I'll just play my part
And pray you'll have a change of heart
But I can't make you see it through
That's something only love can do

In your arms as the dawn is breaking
Face to face and a thousand miles apart
I've tried my best to make you see
There's hope beyond the pain
If we give enough, if we learn to trust

I know if I could find the words
To touch you deep inside
You'd give our dream just one more chance
Don't let this be our good-bye



aku suka lagu ni now..

 


Isnin, 6 October 2003, 12.06 p.m 
aku takutt

sesungguhnya tika dan saat ini aku sungguh takut.. takut untuk kehilangan sesuatu.. takut segala-galanye.. aku sendiri tak mengerti kenapa aku harus takut.. tapi yang pasti aku takut.. ketakutanku ini akan menjadi kenyataan. aku hanya berharap dan berdoa agar ketakutan aku tidak terjadi seperti apa yang aku takutkan.. aminn

 


Rabu, 1 October 2003, 3.04 p.m 
cerita balik tioman

cerita balik tioman seperti biasa..best gambar²nya aku dah attachkan dekat ruangan album. aku tak boleh nak bercerita panjang sebab aku belum ada idea nak mengarang ceritanya.. nanti ada masa aku ceritakan balik.. cuma nak selit peristiwa malang masa balik dari tioman tu ajer hehe. macam-macam hal berlaku. dari dalam bot perut aku rasa semacam nak ke bulan rupanye. lepas tu plak sampai mersing aku pun apa lagi buat la apa² yang patut. sambil membuang hajat. sekali zip suar aku rosak daa.. terpaksa lak aku tukau baju t'shirt yang panjang skit. nak cover erkk. sekali masa nak pegi makan, gelang mutiara aku plak terputus isk.. abih berterabut tatau ke mana. alih² aku tengok tinggal sebelah ajer lagi tali dia. lagi sebelah tinggal tali. mutiara tatau ke mana ilang.. apa la malang nasib aku ari tuh..


hari ni aku blankk

hari ni otak aku blank.. nak buat kerja.. lepas tu problem plak dengan sistem kat sini yang macam bangang nih.. geram plak aku...giler tul..bebaru ni aku potong rambut. ingat nak potong pendek, sekali cina tu potong skit ajer, dia trim kan memaner yg patut..so ambut aku dah tak macam ekor ayam lagi.. dah lurus n kemas hehe..

 


Khamis, 25 September 2003, 11.29 a.m 
bertolak ke tioman malam ni

malam ni aku bertolak ke tioman.. dari rumah mungkin dalam pukul 10.30. kawan nana, zam yang akan amik. so aku tunggu kat umah ajer.. bas tolak dari uptown pukul 1.30 a.m. hehe pepagi buta.. dalam bas karang tido ajer..

gaji aku dah masuk yehaa.. so takde la riso sangat kat tioman. boleh enjoy lagik.. nanti nak tunggu voucher free untuk ke genting plak.. lepas tu before posa leh gi genting lagik.. banyak betul aku holiday dalam 2-3 bulan nih.. habis duit ke situ ajer..

nanti kalau aku dah balik tioman, aku akan ceritakan percutian kat sana plak, kalau aku berkesempatan dan free. kekadang takde idea nak menulis.selalunye aku hanya akan menulis percutian aku kalau bebetul enjoy and happy macam gi genting ari tu..ahakss..

 


Isnin, 22 September 2003, 11.30 a.m 
terima kenyataan

tiada apa yang nak diperkatakan lagi.. aku dah boleh terima kenyataan sekarang..

 


Page:  << Prev  1  2  3  4  5  6  7 8  9  10  11  12  13  Next >>


© copyright 2004 www.akiranagasaki.net.tc