Terdapat 98 jurnal telah dimasukkan dengan 13 mukasurat dan anda berada di mukasurat 6
Isnin, 3 November 2003, 2.28 p.m
betulkah aku telah mengadmire org??
erkk cam tak percaya plak hehe..jarang aku admire orang. tapi ntah kenapa plak..aku teradmire sorang budak nih.
1st aku ternampak dia semasa aku balik dari kerja. then aku just abaikan ajer.. cuma suka tengok gaya dia..ntah la ek..nampak cam menarik plak pada mata aku..tapi aku hanya melihat dari jauh saja. takde la plak aku berhajat untuk menegur2 ke..then setelah beberapa bulan.. ntah macam mana telah berlaku sesuatu yang menyebabkan aku berkomunikasi dengan dia..mula² tak sangka jugak..
minggu lepas dia datang tempat aku, dan kitaorg berbual² pasal kerja etc.. then minggu ni pun ada jugak.. so maksudnya dah dua kali aku berjumpa ngan dia secara face to face dan berbual-bual.mungkin sebagai hanya seorang kawan atau rakan se*****at. tak sangka plak aku leh dapat berkomunikasi ngan dia. Tak terpk langsung. tapi ntah laa. seronok la dapat berbual ngan dia.tapi walaubagaimana pun aku tak nak melayan sgt perasaan aku nih. sebab aku tak suka meletakkan harapan..takut nanti terkiciwa..bak kata cico. "jangan terbang terlalu tinggi, takut nanti kalau terjatuh,kau akan parah". so just let it be the way it should be. aku merasakan kitaorg mungkin akan dapat lebih berkomunikasi dan berjumpa sebabnya dia akan selalu jumpa aku untuk bincang² atau just mai tempat aku untuk saja-saja. tetapi aku tak tau pun berapa umur dia, aku cuma tahu nama dia saja. dari gaya nampak cam muda atau sebaya aku. tapi aku suka la tengok gaya dia, nampak kemas ajer kalau pakai jaket itam lagi phew..macho ajer cam mauricio de la vega tergoda plak aku hehe. aku kalau admire orang jarang aku akan cakap terus terang. tapi kalau terjadi sesuatu keadaan yang merapatkan hubungan aku ngan orang yang di admire menambahkan peluang untuk aku mengenali diri dia dengan lebih lanjut. buat masa sekarang aku hanya biarkan saja perasaan aku nih dan mencuba meng"ignore"kannya. aku tak mau menaruh harapan, pasal aku belum mengenali diri dia yang sebenanyenya, so suka skit² dah ler tak leh lelebih..kang aku sendiri plak yang angau.. hehe
Isnin, 3 November 2003, 11.45 a.m
update homepage
hari ni aku busan nak wat keje...busan + malas yang teramat.. tatau la naper..tapi rajin plak aku mengupdate ompej aku. aku telah mengubah suai main page untuk homepage aku sempena bulan ramadhan yang mulia ini..
aktiviti weekend
weekend tadi semua plan tak jadi.. cnn nak mai umah aku pun tak jadi.. pasal ada hal lain..nak gi berbuka ngan akak pun tak jadi, may be tunda next week. kesudahannya aku cuma ke mid valley ngan housemate aku untuk membeli barang² dapur, sambil tu jalan-jalan tengok perfume. dah lama aku berkenan ngan perfume jLo-Glow tuh. semalam pegi sasa tengok harga 196.90 untuk 100ml ke tak silap. mahal gilerr baik aku beli online kat www.strawberrynet.com murah lagi.. 189.10 ajer.. shipping pun free dan konfirm ori.. lepas tu tengok kat kedai fragrance shop depan carefour tuh dah habis plak. aku tanya harga cina tu kata 140++. ok la.. then cina tu ada suggest satu perfume yang bau dia seakan jLo. aku try memang lebih kurang sama, tapi macam tak confident plak nak pakai yang tu. aku tetap gak nak jLo.. takpe sabar menunggu. nanti try cari kat bukit bintang plak. mana tahu rege lagi murah..leh aku belasah sebotol.
Jumaat, 31 October 2003, 10.45 a.m
tensen arghhhh
hmm.. hari ni aku mengejar dateline.. nak siapkan project aku by next friday..tensen plak.. brinkster plak now aku tengok dah ada banner kat tepi ni.. nyemak plak rasa.. iskk..kaco daun tul..nasib baik boleh close..
aku stop kejap buat keje aku pasal tensen.. then aku nak tulis kat jurnal ni.. nak merepek. meraban..lalalala
semalam aku baca forum motivasi kat cari.com.. menarik jugakk..antara isi kandungannya ialah.. 7 habit untuk menjadi manusia berjaya..nampak macam menarik.. saper yang tak nak jadi manusia berjaya yer tak.. semua orang nak berjaya.. 7 habit tersebut adalah :
1. Be Proactive 2. Begin With the end in Mind 3. Put First Things First 4. Think Win Win 5. Seek First to Understand,then to be understood 6. Synergize 7. Sharpen the saw
wahh lepas ni aku kena be proactive, think win win bla bla bla.. carta tulang ikan yang aku buat ialah dari :
Pemikiran --> Perbuatan --> Tabiat --> Karakter --> Pencapaian Hidup
lepas ni aku kena ubah la cara pemikiran aku, then baru mengubah perbuatan seterusnya tabiat dan karekter dan menjadi pencapaian hidup.. hehehe.. bersemangat plak aku bila baca motivasi ni.. tapi memang kita sebagai manusia kena sentiasa memotivasikan diri selalu.. kalau tidak ilang la semangat....
nak sambung lagi meraban merepek alagappass lalalal..sib baik ari ni ari jumaat dah.. esok ngan ahad cuti.. boleh la aku lelepakk.. weekend ni nak berbuka posa ngan akak yeh yehh.. then cnn nak mai tumpang duduk umah aku pasal husband dia gi balik kedah ada hal..ahad baru husband dia balik kot.. nanti aku nak shopping beli baju raya.. tak sure now harga baju raya lebih murah ke atau lebih mahal. ada orang cakap nak dekat raya rege lebih murah tp dah tak banyak choice.. so kalau ada masa ingat nak jenjalan shopping kat jalan tar..yehaaaa
Do not let external factors influence the way you feel inside
Selasa, 28 October 2003, 11.13 a.m
arghh bencinyaaa
arghh benciinyaaa akuuuu!!!! penat aku tulis jurnal panjang².. paling panjang pernah aku tulis, alih-alih pc hang gara² yahoo messenger.. rasa nak makan ajerr pc nih iskk.. menguji kesabaran betull di bulan posa nihh
Khamis, 23 October 2003, 10.46 p.m
malam deepavali
malam ni deepavali bagi kaum india..esok pesta cahaya..malam ni aku sunggu bosan..nasib baik esok aku balik kampung kalau tidak bertambah² bosan cuti 3 hari..housemate aku pun balik kampung, 2 org lagi pegi holiday ke pulau besar.. malam ni tinggal aku ngan sorang housemate aku ajer..online pun takde saper now..
di sebabkan aku merasa bosan dan tak tau nak buat apa,lalu aku meng sms semua kengkawan aku mengucapkan selamat hari deepavali walaupun kawan² aku bukan india hehe.. saja layan bosan.. sms jer lah apa² yang patut.. sambil tu aku sms ucapan selamat menyambut ramadhan..
aku sms jack, aku sms razzi, aku sms beskot, aku sms jebat, aku sms sham, sms nana, sms akak.. lepas tu aku call nana.. nana dah nak pindah duduk shah alam. lepas ni dah tak leh nak jumpa n lepak² cam selalu pasal dia dah jauh..dalam banyak² aku sms tu 3 lom ada jawapan sehingga aku menulis jurnal nih.. beskot, sham dan razzi.. jadi batu gaknye hehe tak pun dah tido atau tengah berpesta..
balik kampung
esok aku akan balik ke kampung.. sudah lama aku tak balik ke kampung.. rindu dengan suasana kampung.. rindu dengan bunyi kokokan ayam di waktu pagi.. rindu nak tengok sawah padi.. sekarang ni musim hujan gaknye kat area utara.. tadi aku baca paper banjir kat kedah makin teruk.. kat area bagan serai pun teruk.. harap² kampung aku tak di landa banjir.. susah nanti.. kesian kucing² aku.. terpaksa duduk memerap di rumah.. silap hari bulan ada yang mati kelemasan..
aku akan balik ke KL balik pada hari isnin. kalau ikut cadangnye nak balik ahad. tapi memandangkan isnin tu baru puasa, so aku nak bersahur kat kampung dulu then isnin baru balik ke KL..tapi tiket bas aku belom ambik.. tak tau la ada ke tak.. riso jugak takut tiket dah habis..selasa dah start keje balik.. penat skit la hari selasa tu.
sambil mendengar lagu²
malam ni aku layan blues sengsorang.. dengar lagu autumn in my heart 4 lagu tema tuh.. rasa tenang lagu dia..terasa macam aku berada di korea.. bila aku dengar lagu tu mesti aku terbayang² muka hero citer tu... sadiss tull citer tuh..sambil tu aku dengar plak lagu sudirman bertajuk nilai cinta.. 5 lagu tu ajer aku ulang² kat winamp ni. dah beberapa hari dah asyik lagu tu ajer aku pasang.. sejukk mata dengar lagu autumn in my heart nih..fuhhhhh
Rabu, 22 October 2003, 4.33 p.m
update koleksi album
hari ni aku telah mengupdate koleksi gambar dalam homepage aku. semua file telah di upload. tapi kenapa ntah ngan server brinkster nih, still jugak appear file lama. linking pun aku dah tuka tapi masih sama jugak.. mungkin esok lusa baru dia refresh kepada page baru.
aku telah menukar page gambar tu kepada page baru yang lebih menarik menggunakan flash animation.. baru nampak canggih skit hehe. boring dah tengok theme lama.. actually aku nak tuka aku punya homepage ni kepada theme baru. ingat nak tukau kaler ijau katak pisang lak tapi memandangkan banyak mende nak kena reconstruct balik.. fuhh jenuh nanti aku nak ubat..berpeluh aku.. dah la nak mengupload file kena one by one, tak boleh nak pakai ftp atau frontpage..maka terpaksa kekalkan dengan theme biru yang lama ni dulu..
kalau ada duit lebih ingat nak cari satu hosting domain sendiri. senang skit..
jumaat ni aku nak balik kampung. tiket bas pun aku dah amik. naik bas pukul 9.30 turun kat parit buntar.. lega skit.. tiket raya belum beli lagi.. tak tau bila nak beli.. sama ada nak balik tumpang housemate aku yang sekampung ngan aku, tengok keadaan cuti dia atau tumpang akak aku, atau naik bas atau naik ketapi..
kekadang teringin nak naik ketapi tapi ketapi kat mesia ni slow sgt..berjam² extra dari naik bas. kalau ada train laju cam kat jepun ke german tu ke kan best.. kejap ajer dah sampai..
hari ni aku takde buat apa sangat. sekadar update ompej aku ajer, pasal kerja dah siap..tadi tengah hari opismate aku banjer nasi lemak.. lepas makan nasi lemak ngantuk giler mataa sempat la tertido 10 minit..
balik ni aku nak basuh baju aku yang 2 baldi lom berbasuh malas tul.. kalau ada washing machine kan senang.. arghhhhhh nak kena memberus..nak beli washing machine lom cukup duit lagek.. peh tu pk nanti kalau nak pindah satu hal nak mengangkut maka niat aku tu di batalkan.. lalala bosannye sementara nunggu waktu nak balik nih..
Selasa, 21 October 2003, 1.13 p.m
My Favorite Mistake - SHERYL CROW
I woke up and called this morning The tone of your voice was a warning That you don't care for me anymore
I made up the bed we sleep in I looked at the clock when you creep in It's 6 a.m. and I'm alone
[Chorus] Did you know when you go It's the perfect ending To the bad day I was just beginning When you go all I know is You're my favorite mistake
Your friends are sorry for me They watch you pretend to adore me But I'm no fool to this game
Now here comes your secret lover She'd be unlike any other Until your guilt goes up in flames
[Chorus]
You're my favorite mistake
Well maybe nothin' lasts forever Even when you stay together I don't need forever after It's your laughter won't let me go So I'm holding on this way
Did you know, could you tell You were the only one That I ever loved Now everything's so wrong
Did you see me walking by? Did it ever make you cry?
You're my favorite mistake You're my favorite mistake You're my favorite mistake
lagu ni part gitar dia best.. sesuai utk org yg sedang frustt seperti aku hehehe
Isnin, 20 October 2003, 12.53 p.m
hari yang sungguh membosankan
haii hari ni.. sungguh bosan sekali.. aku pun tak tau kenapa..aku bosan dengan kerja.. aku bosan dengan kl dan bosan segala galanya.. pendek kata semua bosan.. sememangnya kebosanan telah menyelubungi diri aku ini.. semalam balik dating hari ni bosan lagik iskk..apa nak jadi ntah ngan diri aku nih..
aku rasa untuk mengelakkan kebosanan aku kena buat sesuatu yang jarang aku buat.tapi apa ek.. hari ni sebab bosan yang teramat maka aku telah mengmc hammerkan diri aku..
rasa nak duduk kat hutan laa barang sehari dua bertapa.. baru hilang gaknye rasa bosan.. hidup ni kena adventure sikit baru ilang rasa bosan..grgrggrg bosannnyeeee......