Terdapat 98 jurnal telah dimasukkan dengan 13 mukasurat dan anda berada di mukasurat 5
Jumaat, 21 November 2003, 9.30 a.m
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..geram plak aku..geram yang bersebab..bengang pun ada gak..
Selasa, 18 November 2003, 2.38 p.m
berita gumbira di hari raya
waaaa.. banyak perkara yang telah berlaku dari last date aku tulis jurnal until hari ni..aku dapat rasakan aku hanya akan tulis kat jurnal ni bila tiba time aku sangat boring atau tatau nak buat apa dah. dengan kata lain buntu.. kiranye jurnal ni dah menjadi tempat luahan hati aku..sepanjang seminggu ni macam-macam aktiviti yang menyebabkan aku tiada masa nak menulis kat jurnal nih.tambah-tambah dah nak dekat raya ni lagi la.. hehe bz shopping..
ex-gratia/bonus ..yehaaa
tahun ni dengan tidak di sangka-sangka, company aku bermurah hati memberikan ex-gratia kepada pekerjanya..syukur alhamdulillah. tak sangka plak. macam tahun lepas mengharap-harap tapi takde plak. tahun ni tak mengharap so ada ler plak. mungkin sebab ramai sgt staff yang resign kot takut plak gaknye kehilangan pekerja yang berkualiti.. maklum la dah ramai yang blah..so raya ni boleh la aku membeli belah lebih skit..memang aku dah membeli pun. aku dah shopping baju raya dengan tudung raya dan jam raya beserta gelang raya sekali hehe..aku pegi ahad tadi dengan housemate aku ana n sorang kawan dia..tahun ni kiranye 3 pasang la baju raya aku. terbanyak plak. aku memilih baju kebaya kaler ijau, baju kurung kaler biru muda. satu lagi kain yang dah bertahun baru aku nak antar jahit. tu plak kaler merah. so jadinya tema raya aku kali ni adalah kaler rainbow bak kata aniz..lenguh jugak lah ahad tadi shopping kat jalan tar tuh.. phewww ramai gilerr orang. maklumla semua pakat nak membeli barang keperluan untuk raya yang bakal menjelma..
gathering 4 orang..
sabtu tadi aku jumpa yati, pija n lin. gathering kecil-kecilan ngan dorang. kitaorg jumpa dan berbuka posa sekali dekat klcc. mulanya yati yang ajak pasal dia nak kasi kad jemputan kawin dia sekali. dah nak kawin dah yaty harun ni ahakss.. selamat pengantin baru untuk yaty..moga kekal ke akhir hayat..
kek lapis oh kek lapis
semalam aku pegi rumah akak ngan pekjah amik kek lapis..then berbuka posa kat rumah akak. balik akak kasi aku kek buah..sedap tul kek buah akak. malam ni nak makan lagik..yum yum..
kalau ikut semalam nak berbuka bersama sehousemate kat luar tapi kak mira tak dapat datang so di cancelkan aktiviti tersebut. mungkin akan tunda hari ni.
rim kete pekjah ilang
sian pekjah semalam masa balik opis rim kete dia tercabut gara-gara pagar yang bengong tu bergerak secara auto. pak guard kat situ la gaknye yang tertekan button control tuh. semalam balik dari umah kak peah singgah jap kat opis dia kat wisma tanah jalan semarak tu tengok-tengok if ada rim tu. akhirnya jumpa gak rim tu tapi dah rosak..berkecai. gaknye dah kena langgar dek lori mana ntah kemek tak tentu hala dah jadinya..
balik kampung
balik kampung tahun ni aku masih tatau nak balik ikut akak aku ke atau ikut ana.. tak dapat nak ikut pekjah sebab dia kena temankan sampai akak dia bersalin. so dia tak tentu lagi balik bila. tapi dia kata semalam last date is 24. due date akak dia is 19. so may be akan bersalin dalam jangka masa tuh.. ana plak balik sampai taiping ajer. boleh aku nak tumpang and temankan ana. tapi akak aku plak dah balik sabtu tu.. so susah plak aku nak mengangkut barang-barang aku nak berbas dari taiping ke parit buntar tuh.. so aku rasa kesimpulannya aku kemungkinan besar akan balik dengan akak aku. akak aku may be akan balik pada ahad tu rasanye. so sabtu tu leh la aku nak shopping lagik. ingat nak pegi midvalley nak beli perfume yang bau cam jLo tuh.. ari tu cina tu kata 70++ ajer. so raya perfume baru lagik..ahakss
plan raya
raya ni aku takde plan lagi nak ke mana. cuma pekjah ajak gi beraya kat rumah ana kat tepeng. ok gak tuh. selalu pun raya aku duk rumah ajer nengok tv. nak jenjalan ke rumah kawan pun tak de kawan sangat aku kat kampung. kawan-kawan skolah aku sumer jauh-jauh tambah-tambah aku kalau kat kampung susah skit nak bergerak sebab takde transport. ada motor ajer..nak pinjam kete akak aku. tak berani aku pasal lepas dapat lesen ari tuh dah lama aku tak drive hehe. nanti masuk parit plak..nanti la satu hari dah ada kete sendiri baru senang nak pegi sana sini..
kad raya dah anta
kad raya aku dah antar tapi tak semua ke list yang telah aku tuliskan tuh. masih ada yang belum dapat di hantar sebab kekurangan setem dan tak tau alamat. nak pegi pejabat post pun lom sempat. mungkin esok ke tengok lah cam ne nanti..
kad raya yang aku dah terima tahun ni ada la 2-3 keping.. hehe tak sebanyak cam tahun lepas.. baru terima kad raya dari unknows person. dari mardiana, dari akak, dari mazwan. yang online plak dari beskot shasha and kit.. mungkin nanti ada la tu kad raya bakal sampai. lom termasuk yang dapat lepas raya..ahakss ketawa terbahak-bahak..
Selasa, 11 November 2003, 5.50 pm
ramainye org resignn!!!
hari ni aku dapat berita lagi, dua orang staff department aku nak resign lagik.. fuyoo ramai betul nak resign.. nampaknye staff kat department aku ni menunjukkan tanda ketidaksukaan kepada bos dan company aku ni dengan cara meresignkan diri..hehe..tinggal baper kerat ajer lagi dekat sini especially kat department aku ni lah. dari 40++ staff tinggal 20++ ajer lagi.. dah separuh hilang.. yang ada ni pun semua pakat menunggu giliran untuk bon voyage..
aku pun sama sedang aktif jugak mencari kerja baru. harap ada rezeki lain. hari ni aku dah dapat satu interview. dapat email suruh aku call dorang balik untuk set date and time for interview. tapi aku belum berkesempatan lagi nak call. memandangkan esok selangor cuti, aku rasa company tu pun cuti sebab aku dah tengok location tempat untuk aku interview ni terletak di PJ. tempatnye tak jauh dari rumah aku tapi sebab aku takde transport so payah skit nak pegi selain dari naik teksi atau bas. aku ingat pagi khamis ni aku akan call company tu untuk set date and time. then mungkin boleh pergi hari jumaat atau hari sabtu jika boleh. agak payah untuk aku bercuti memandangkan cuti aku pun tinggal skit ajer lagi. aku harap dapat pegi sabtu ni walau pun sabtu ni minggu ke 3.. harap˛ boleh laa..amin..
lauk untuk bukak posa
hari ni aku hanya membeli lauk ajer untuk berbuka puasa, malas nak masak..dan takde housemate aku yang rajin masak. cam semalam kak mira yang masak. so balik makan ajer ahakss.. shima dah siap sms kasi tau hari ni(semalam) kak mira masak so tak yah beli makanan. hari ni aku beli lauk ayam masak merah dengan as usual favourite aku sotong sambal hehe.. hari-hari aku makan sotong sambal. memang menjadi kegemaran aku makan makanan seafood nih. sotong, udang, ketam semua aku suka.. hari tu masa berbuka dengan kak peah pun aku beli sotong sambal dengan udang sambal.. fuhh terangkat best tull.. tadi masa membeli tengok sotong selera betul.. lagi 1 jam masa untuk berbuka tak sabar rasanye..
.....
i dun noe what to say here..just let it be the way it should be..hope my dream come true..
Isnin, 10 November 2003, 12.00 p.m
yeh yeh
selamat tengah hari... semalam aku pegi berbuka posa kat klang ngan akak.sambil tengok akak perm ambut.. ahakss..
sabtu tadi akak mai umah gak anta nuskin foundation ngan bedak compact..n akak kasi baju yeh yeh..
kad raya
aku sedang berkira-kira untuk menghantar kad raya kepada kengkawan aku. ada 30 kad raya company punya, ada 12 keping kad raya free aku dapat dari satu pertubuhan melukis pakai kaki tangan. cam ne leh tersesat alamat aku pun tatau. gaknye dorang amik add aku dari telekom customernye directory kot.
ermm 30 keping.. aku nak listkan nama kengkawan yang nak di hantar. nak send kad raya kat saper yang aku terpk now ..
1. akak 2. nana 3. boya 4. jebat 5. oreo 6. aniz 7. sph 8. urban 9. yaty sharman 10. kak tipah n bro mat 11. elit 12. yat 13. lisani 14. sham 15. jack 16. kak darling (nick name dia kat yahoo darling manis) 17. malong 18. cnn 19. pija 20. nazri 21. .... saper lagik ek tgh pikir nanti aku tambah lagik..
Jumaat, 7 November 2003, 1.30 p.m
www.akiranagasaki.net.tc
mulai hari ni aku dah dapat satu domain utk website aku nih. iaitu www.akiranagasaki.net.tc. yang bestnye domain ni free forever ahakss.. best nye..tapi dari domain tu aku tak leh nak login ke page untuk insert jurnal nih.. naper ntah.. pelik plak aku..
puas hatiii!!!
hahahahari ni aku amat puas hati.. puas hati sebab aku dapat selamatkan puteri dalam mario gamess..dapat gak akhirnya.. sonok tull.. yehaaaa
ahad ni kompemm
ahad ni akak kata kompem gi berbuka posa sesamer.. yeh yeh..
insuranssss
tadi pagi ada cina call, cakap si sepol kasi nama aku untuk insurans.. insurans predunetial tak silap. ermm banyak tul insurans sejak akhir-akhir nih.. aku malas sebenarnye nak masuk.. pasal aku dah ada satu insurans under AIA. Insurans ni time pujuk org suh masuk kemain. time nak claim.. jenuh gilerr.. ntah lerr.. apa-apa pun aku tak nak masuk mana-mana insurans buat masa sekarang..
hari tu lagi dasat..insurans perjanjian ala-ala verbal. then baru dorang hantar polisi..kalau tengok mang ok la..agent tu kata aku di pilih sebab aku pemegang standard chartered nye cc. then dia mintak semua nama n alamat. tapi bila time IC. aku pelik plak.. asal la detail benar.. aku cakap aku tak nak kompemkan lagik.. aku sebenarnye malas nak masuk.. tapi macam tak reti nak menyebut "NO" dekat agent tuh. iskk..ada pernah satu kes nak mintak no CC then dia akan autodebit dari situ untuk baya insurans. tapi aku macam tak 100% percaya la dengan mende˛ cam gini.. sengsenang nak kasi CC nye detail by phone. silap hari bulan kena tipu..esok nya bila agent tu call balik baru aku cakap aku tak nak dengan alasan aku dah ada insurans hehe.. legaaa...
Khamis, 6 November 2003, 9.28 a.m
pagi yang tenang
ermm..hari ni aku bangun pukul 5,pagi tadi sahur cuma minum air putih ajer. memang begitu tabiat aku. aku tak suka nak minum air bergula macam teh ke kopi atau susu or milo. aku hanya akan minum mende˛ tu kalau aku betul-betul teringin. ingat pagi tadi bangun nak makan nasi sekali, pasal malam tadi housemate aku dah masak lauk. lauk fav ayam masak merah tapi pagi tadi semua dah terlambat bangun, maka tak sempat nak masak nasi.kesudahannya semua bersahur dengan roti dan kurma ajer hehe.
rasa cam nak buat website baru
aku terasa cam nak buat website yang baru, design yang baru, theme baru. kali ini aku berkira˛ untuk buat theme kaler ijau katak pisang plak.. buat masa now aku cuma survey˛ site˛ yang boleh aku jadikan sumber dan idea. ahakss.. nanti la sampai masa dan ada kelapangan aku akan buat site version 2 plak. sekarang ni pun aku macam teringin untuk mempelajari satu lagi programming language php. buat masa sekarang aku hanya guna asp. memandangkan aku tengok hosting˛ dalam internet nih banyak yang aku jumpa support php. kalau ada support asp harga plak terlampau mahal, sebab tu aku ingat nak belajar php. satu site yang menarik perhatian aku ialah www.raudhan.com. site ni menggunakan php. agak menarik, siap ada kalendar aktiviti lagik.. tu yang best tuh..
beskot raya
semalam aku order kat housemate aku beskot raya, tat nenas keluaran luxor.tahun lepas aku pernah beli tat ni. sedapp hingga menjilat jari..ahakss. so tahun ni aku order lagik. pasal rege pun dah murah 13 ringgit ajer satu bekas. dalam bekas tu ada 50 pcs. aku order 4 kak peah pun order 4. satu bekas buat makan time berbuka dan bersahur hehe lagi 3 bawak balik kampung..
weekend ni
weekend ni kalau ikutkan plannye, si nana nak datang ke rumah aku untuk masak dan berbuka sesamer. tapi belum konfirm lagi.barang˛ dapur pun dalam peti dah takde. cuma ada ayam ajer dan ikan bilis hehe sayur plak seperti biasa cuma ada terung dan tempe kalau tak silap. dah lama aku tak check barang˛ dalam peti ais tu. bulan posa ni aku jarang masak. dah tak larat nak masak. senang beli ajer. kalau dulu bulan tak posa balik kerja aku rajin gak masak. now cam penat lak. kerja plak banyak kat opis..penat berpikir ajer. hari ahad plak kak peah nak mai, nak gi perm rambut kat klang. akak ajak aku sekali, leh berbuka sesamer.
rabu depan cuti yehaa
rabu depan 12 november cuti sempena nuzul al-quran. yang bestnye selangor ajer cuti, kl tak cuti.. so boleh la aku jalan˛ kat shopping complex tanpa penuh sesak dengan manusia.
Rabu, 5 November 2003, 4.25 p.m
hari ini hari rabu
hari ini hari rabu, esok hari khamis dan lusa hari jumaat. lagi 5 minit aku nak balik. aku menyempatkan untuk mencoret-coret dalam jurnal aku nih. bulan posa aku balik 4.30 tapi masuk pukul 8.
kad raya punya hal
hari ni aku dapat kad raya. satu kad raya yang orang kasi. satu lagi kad raya yang company kasi. ada 30 keping semuanya. aku tengah berkira-kira untuk menghantar kad raya aku kepada kengkawan aku yang dekat dan jauh.kepada kengkawan ku tunggulah kad raya dari aku yer.. nanti akan sampai menyusul..
guestbook
hari ni ada zila bakarain mana ntah sign in guestbook menanyakan kenapa gambar kengkawan aku asyik muka yang sama. hehe ekceli mang gamba tu berulang2. pasal aku suka nak letak gamba dorang banyak˛. nanti la aku upgrade kan.. gamba˛ dalam koleksi tu cuma untuk close friend ajer..yang kawan biasa-biasa tu aku malas nak masukkan lagik..lagi pun nak kena mintak permission dulu then baru letak. aku tak suka nak meletakkan gamba orang tanpa persetujuan mereka.. nanti ada yang membara.. hehe ok ciaoo, aku nak balik!!
Selasa, 4 November 2003, 9.42 a.m
sessi motivasi
aku cuma copy paste dari satu site untuk bacaan aku bila2 nanti. tak yah dah aku pegi site tuh. ahakss.. pasal site aku ni aku nak jadikan sumber rujukan aku.. The 7 Habits... (It can change your Life! )
Mungkin ramai diantara forumers yang belum membaca buku atau menghadiri kursus "The 7 Habits of Highly Effective People". Jadi, saya nak bercerita sedikit tentang program ni kerana saya dapati ianya mengandungi banyak pengajaran yang berguna. Tapi, saya terangkan secara ringkas sahaja. Kalau nak tahu lebih, get the book!
Saya mulakan dulu dengan maksud "Habit" dan "Effective".
"Habit" atau "Tabiat" ialah benda yang kita lakukan berulang kali - kadang-kadang tanpa kita sedari. Cara kita bercakap ialah tabiat. Cara kita ketawa ialah tabiat. Setiap dari kita mempunyai tabiat-tabiat tersendiri.
Bagaimanakah tabiat terbentuk?
Segala yang kita lakukan bermula dengan pemikiran. Mula-mula, kita terfikir untuk melakukan sesuatu. Kemudian, kita lakukan sekali. Mungkin kerana kita selesa dengan perbuatan itu, maka kita ulangi. Dan ulangi. Akhirnya, perbuatan itu menjadi tabiat.
Bila kita kumpulkan semua tabiat kita, kita dapat karakter kita. Dan karakterlah yang menentukan pencapaian kita dalam hidup.
Pemikiran --> Perbuatan --> Tabiat --> Karakter --> Pencapaian Hidup
Disini kita lihat bahawa segalanya bermula dengan pemikiran. Jadi, kalau sekarang kita tidak berjaya mencapai apa yang kita ingini, kita perlu mengubah cara kita berfikir.
"Effective" atau "Berkesan" pula bermaksud "mencapai objektif sambil mempertahankan atau meningkatkan aset". Maksudnya, kita capai apa yang kita hajati, sambil tak rugi apa-apa.
Kekuasaan Paradigma
Mudahkah untuk mengubah cara berfikir?
Cara kita memikirkan sesuatu, bergantung kepada beberapa perkara, seperti tanggapan kita tentang apa yang berlaku, pemahaman kita terhadap apa yang berlaku dan bagaimana kita menterjemahkan apa yang berlaku. Dalam perkataan lain, kita melihat dan memikirkan sesuatu kejadian melalui paradigma kita.
Paradigma boleh kita anggap sebagai "peta mental". Seperti yang kita ketahui, peta mengandungi berbagai maklumat dan penerangan tentang sesuatu kawasan. Kalau kita hendak menuju sesuatu tempat, kita gunakan peta (samada atas kertas atau dalam ingatan) untuk membantu kita sampai kesitu.
Tapi, bagaimana kalau kita menggunakan peta yang salah? Sudah tentu kita akan sesat - atau sekurang-kurangnya menghadapi kesukaran untuk sampai ketempat yang dituju! Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk mempunyai peta yang betul.
Kita mempunyai banyak paradigma atau peta mental, yang boleh dikumpulkan kedalam dua kategori: keadaan sekarang atau kenyataan, dan keadaan yang sepatutnya, atau nilai. Kita mentafsir segala yang kita alami melalui dua kumpulan paradigma ini. Jarang sangat kita mempersoalkan ketepatan paradigma kita, dan kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita mempunyai sesuatu paradigma. Kita fikir, tanggapan kita melambangkan keadaan sebenar.
Kita ambil dua contoh untuk menerangkan perenggan diatas.
Contoh pertama:
Katakanlah kita sedang menaiki LRT. Keadaan koc pada masa itu agak senyap. Ada penumpang yang sedang tidur, ada yang membaca surat khabar atau majalah, ada yang memandang keluar tingkap dan sebagainya.
Di satu perhentian, telah naik seorang lelaki bersama 3 orang anaknya. Lelaki itu terus duduk dan menutup mata, seolah-olah cuba tidur. Tetapi anak-anaknya berkejar-kejaran dan membuat bising dalam koc itu, tanpa dipedulikan oleh lelaki tadi. Ketenangan dalam koc telah hilang dan lelaki itu masih lagi duduk berdiam diri dan menutup mata!!
Bagaimana perasaan kita melihat keadaan ini?
Tentu ramai diantara kita yang merasa kurang senang dengan lelaki tersebut. Mungkin kita akan berfikir bahawa lelaki itu tidak bertanggung-jawab!
Lalu kita menegur lelaki tersebut dan memintanya mengawal anak-anaknya yang bising. Lelaki itu pun berkata, "Maafkan saya. Beri saya sedikit masa untuk memikirkan apa yang harus saya lakukan. Isteri saya baru saja meninggal. Anak-anak saya baru saja kehilangan ibu. Mungkin, inilah reaksi mereka atas kehilangan ibu".
Bagaimana perasaan kita sekarang? Paradigma kita baru saja berubah! Peta mental yang kita gunakan tadi adalah peta yang salah!!
Contoh diatas menunjukkan bahawa apa yang kita lihat, tidak semestinya apa yang sebenarnya berlaku. Dan dalam contoh ini, kita dengan mudah dapat mengubah paradigma kita sebaik kita mendapat maklumat tambahan (berkenaan isteri/ibu yang mati).
Contoh Kedua:
Katalah kita masih single dan mempunyai seorang kekasih. Pada kita, kekasih inilah bakal pasangan hidup kita. Dia begitu mengambil berat tentang kita. Setiap hari dia menghubungi kita. Kalau kita sedih, dia akan berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan kita. Kalau kita mencapai sesuatu kejayaan, dia akan turut gembira untuk kita. Apa saja yang kita inginkan darinya akan cuba dipenuhinya setakat termampu olehnya. Kita terlalu sayang padanya.
Suatu hari, kekasih kita berkata kepada kita, "Ada berita yang ingin saya sampaikan kepada dunia. Tapi, saya nak awak tahu dulu - bulan depan, saya akan bertunang".
Rupa-rupanya, selama ini dia menganggap kita sebagai adik atau abang!! Bagaimana reaksi kita? Dapatkah kita menerima kenyataan dengan cepat? Berapa lamakah masa yang kita perlukan untuk mengubah pemikiran kita tentang hubungan sebenar antara kita dan dia?
Sekali lagi, contoh ini menunjukkan bahawa apa yang kita lihat tidak semestinya apa yang sebenarnya berlaku. Dan disini kita dapati bahawa mengubah cara kita berfikir tak semestinya sesuatu yang mudah.
Tabiat ialah gabungan pengetahuan, kemahiran dan keinginan. Pengetahuan ialah paradigma apa yang harus dilakukan dan kenapa. Kemahiran ialah paradigma bagaimana melakukannya. Dan keinginan ialah motivasi, mahu melakukan. Sebelum sesuatu (perbuatan, pemikiran) menjadi tabiat dalam hidup kita, ketiga-tiga faktor ini perlu hadir.
Tujuh tabiat yang akan dibincangkan ialah tabiat yang membawa keberkesanan, berdasarkan paradigma keberkesanan yang sesuai dengan undang-undang alam - yang cuba dilawan oleh ramai manusia! Asasnya ialah prinsip "imbangan P/KP" (P = Pengeluaran; KP = Kapasiti Pengeluaran). Prinsip ini boleh difahami dengan mengingati cerita dongeng angsa dan telur emas:
Pada suatu hari, seorang petani miskin telah menjumpai sebiji telur emas dalam reban angsanya. Petani itu telah membawa telur itu untuk dinilai dan didapati bahawa telur itu adalah dari emas tulin! Keesokan harinya, dia telah menjumpai sebiji lagi telur emas ditempat yang sama. Dan begitulah setiap hari selepas itu.
Petani itu menjadi kaya. Tetapi dengan kekayaannya, petani itu berubah menjadi seorang yang tamak dan tidak sabar. Dia tidak mahu lagi menunggu telur emas keluar sebiji sehari. Oleh itu, petani itu membunuh angsanya dengan tujuan untuk mendapatkan semua telur dalam badan angsa itu sekali gus.
Tetapi, setelah perut angsa itu dibelah, petani itu tidak menemui telur emas didalamnya! Dan sekarang, angsa itu telah mati. Petani itu tidak lagi akan mendapat telur emas yang baru. Petani itu telah menghancurkan angsa yang mengeluarkannya!
Ramai orang yang melihat keberkesanan dengan cara petani ini - lebih banyak pengeluaran, lebih berkesan. Tetapi, seperti yang terbukti dalam cerita dongeng ini, keberkesanan sebenar bergantung kepada dua perkara: apa yang dihasilkan, atau pengeluaran (telur emas) dan kapasiti pengeluaran (sebiji sehari) oleh aset yang mengeluarkan (angsa).
Sekiranya kita terlalu tertumpu kepada telur emas dan mengabaikan angsa, lambat laun kita akan kehilangan aset yang mengeluarkan telur emas itu. Sebaliknya, kalau kita terlalu tertumpu kepada angsa dan tidak menghiraukan telur emas, kita rugi.
Keberkesanan tercapai dengan mengimbangi pengeluaran dan kapasiti pengeluaran, atau imbangan P/KP.
Bila kita dah buat sesuatu tugas berkali-kali sehingga menjadi routine, kita telah meningkatkan kemahiran kita menjalankan tugas tu. Dan bila kita tingkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang, kita tingkatkan "Production Capacity" kita - seolah-olah kita memasang mesin yang dapat mengeluarkan lebih banyak barangan dalam sesuatu jangkamasa tertentu, berbanding sebelumnya.
Kita juga meningkatkan "production capacity" dengan menambah ilmu pengetahuan.
Apabila "Production Capacity" telah meningkat, kita boleh mengeluarkan lebih banyak dari dulu walaupun kita tidak menggunakan 100% production capacity bagi jangkamasa yang lama.
Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya sesuatu mesin digunakan dengan kapasiti 100% secara berterusan. Lama-kelamaan, mesin itu akan rosak dan tak dapat mengeluarkan apa-apa. Angsa yang mengeluarkan telur emas telah mati.
Sebaik-baiknya, kita gunakan mesin itu setakat 70%-80% kapasiti pengeluarannya dan gunakan masa yang selebihnya untuk merehatkan mesin itu, untuk penyenggaraan, untuk baik pulih dan sebagainya. Dengan cara ini, mesin itu akan dapat berkhidmat lebih lama.
Begitu juga dengan badan kita. Kalau kita bekerja tanpa henti, tentulah akhirnya kita akan sakit. Tetapi, kalau kita berikan masa kepada diri sendiri untuk meningkatkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran, berehat, bersenam dan sebagainya, kita akan dapat bekerja buat jangkamasa yang lama, dengan pengeluaran yang kian meningkat dan dalam keadaan kesihatan terjaga.
So don't overwork yourselves!
ASSET
Sebelum ini telah disebut bahawa sesuatu perbuatan itu berkesan jika ia mencapai hajat yang dituju, dengan peningkatan atau tidak kerugian asset.
Asset terbahagi kepada 3 jenis: fizikal, kewangan dan tenaga kerja (manusia).
Cuba fikirkan - kalau kita memulakan perniagaan, diantara 3 asset ini, yang manakah yang paling utama? Yang manakah yang paling diperlukan untuk mencapai kejayaan?
Aset terpenting ialah manusia. Dalam sesebuah perniagaan, jika duit banyak, tapi orang yang manage duit tu tak pandai, lama-lama duit habis, hasil tak ada. Begitu juga dengan aset fizikal - kalau pun cukup, tapi orang yang menguruskannya tak pandai jaga, akhirnya habis rosak semuanya. Tapi, kalau ada tenaga manusia yang berkaliber, mereka boleh berusaha untuk cari duit dan mendapatkan aset fisikal yang diperlukan. Dan manusialah yang menjayakan sesebuah perniagaan, organisasi, rumahtangga dan sebagainya.
Dalam sebuah perkahwinan atau hubungan cinta, kalau dua manusia yang terlibat tu lebih mementingkan apa yang diri sendiri nak (telur emas) daripada hubungan kasih tu (angsa), masing-masing akan mudah tersinggung bila pasangan membuat kesalahan sedikit, atau kurang memberi perhatian, sedangkan diri sendiri tak memberi perhatian secukupnya kepada pasangan - dan hubungan itu akan hancur akhirnya.
Ada sebuah lagu lama berjodol "Silver Threads and Golden Needles" yang bermula seperti berikut:
I don't want your lonely mansion With a tear in every room All I want is the love you promised Beneath the hallow moon
But you think I should be happy With your money and your name .........
Senikata lagu ini menjelaskan bahawa duit dan harta bukanlah yang paling utama dalam membentuk rumahtangga bahagia. Sebaliknya, yang penting ialah kasih-sayang yang ditunjukkan secara terbuka, dan sikap tidak mementingkan diri sendiri.
Be a giver, not a taker!!!
OK. Selesai dengan Introduction. Sekarang, saya jelaskan sikit kursus 7 Habits ni secara keseluruhan:
Maturity Continuum
Bila kita baru lahir, kita tak pandai buat apa-apa. Nak makan orang suapkan, bila berak pun orang lain yang basuh! Diperingkat ini, kalau berlaku apa-apa yang tak betul, kita boleh salahkan orang lain. Kita dependent kepada orang lain.
Seorang budak berusia 2 tahun boleh cakap macam ni and get away with it:
Budak: "Mak, saya lapar" Mak: "Kakak tak bagi makan?" Budak: "Tak". Maka kena marahlah kakak tu.
Lama kelamaan, kita menjadi remaja yang dah boleh buat macam-macam dengan sendiri. Kita tak lagi bergantung kepada orang lain. Kita dah jadi independent. Kita dah belajar maksud "bertanggung-jawab". Kita dah tak boleh salahkan orang lain dalam segala hal.
Kemudian, kita masuk ke alam dewasa. Bila dah dewasa, dah bekerja, kita sedar yang kita tak boleh buat segala-galanya dengan sendiri. Kita kena juga minta tolong pada orang lain, dan orang lain perlukan pertolongan kita. Kita belajar tentang "team work". Kita jadi inter-dependent atau saling-bergantung antara satu sama lain.
Itu contoh pembangunan manusia dari peringkat baby ke peringkat dewasa. Tapi, malangnya, orang yang dah dewasa pun ramai yang masih "dependent". Bila ada masalah, mereka cuba salahkan orang lain.
Contoh kata-kata orang dewasa yang masih dependent: "Saya tak boleh buat sebab tak ada siapa yang ajar saya macam mana nak buat".
Persoalannya, mengapa tak cari orang yang mahir dan belajar dari mereka? Atau mengapa tak cari buku atau surf internet dan sebagainya? Sikap "menyalahkan orang lain" adalah sikap orang yang belum independent.
7 Tabiat yang terkandung dalam kursus ini menerangkan apa yang perlu untuk bertukar dari seorang yang dependent kepada seorang yang independent dan seterusnya kepada seorang ahli dalam komuniti yang interdependent.
Lepas ni kita masuk Habit 1 - Be Proactive.
Habit 1 - Be Proactive
Masyarakat pada amnya mempercayai bahawa cara kita berfikir, dan dengan itu, perangai kita, adalah hasil salah satu atau kombinasi tiga penentu:
Penentu genetik mengatakan bahawa perangai kita datangnya dari datuk-nenek kita. Contoh: "Datuk saya seorang pemarah, jadi saya pun seorang pemarah. Tak ada apa yang boleh saya buat nak ubah perkara ni".
Penentu psikik mengatakan bahawa perangai kita ditentukan oleh keadaan yang kita alami sewaktu kecil. Contoh: "Masa saya kecil dulu, kalau ada orang datang kerumah, emak dan ayah akan masukkan saya kedalam bilik bersama kakak. Saya tak banyak peluang untuk berjumpa dengan orang. Jadi, sekarang, saya tak berani nak berjumpa dengan orang, apa lagi untuk berucap didepan orang". Contoh 2: "Waktu saya kecil dulu, kalau saya buat silap, ayah akan pukul saya. Keadaan itu mengajar saya berbohong. Sekarang, kalau berlaku apa-apa kesilapan, saya akan cari orang lain yang boleh dipersalahkan, asal jangan orang kata saya yang salah".
Penentu persekitaran menyalahkan pasangan, bos, orang sebelah, rakan-rakan, keadaan ekonomi sendiri dan sebagainya. Sesuatu dipersekitaran kita dijadikan sebab mengapa kita mempunyai perangai atau pemikiran tertentu. Contoh: "Saya tak pernah diajar macam mana nak buat kuih. Jadi, macam mana saya nak buat?"
Ketiga-tiga "penentu" ini tidak mengambil kira hak manusia untuk memilih. Kita mempunyai suara hati yang menyedarkan kita kepada apa yang betul dan apa yang salah. Kita mempunyai imaginasi untuk menunjukkan "apa yang sepatutnya". Kita mempunyai akal dan perasaan untuk membolehkan kita memikirkan jalan untuk mencapai apa saja yang kita usahakan. Dan kita mempunyai azam dan kecekalan hati (kalau kita memilih untuk menggunakannya) untuk mencapai apa yang telah kita rancang. Tidak ada sebab mengapa kita tak boleh mengubah perangai sendiri!
Proactive bermaksud lebih dari "mengambil inisiatif", walau pun inilah maksud yang difahami oleh kebanyakan orang. "Proactive" juga membawa maksud "bertanggung-jawab sepenuhnya kepada apa yang berlaku dalam hidup kita" (sambil kita terima bahawa Tuhan penentu segala).
Perangai dan perlakuan kita adalah kesan pemikiran dan keputusan yang kita buat, bukan kesan alam persekitaran atau manusia disekeliling kita.
Kita boleh mengenepikan emosi dan perasaan, dan mengutamakan pemikiran dan nilai, kalau kita mahu. Kalau sesuatu berlaku dalam hidup kita, jangan salahkan orang lain, atau keadaan disekeliling, atau kesan "penentu-penentu" yang telah kita bincangkan sebelum ini. Sebaliknya, kita buat keputusan berpandukan pemikiran dan nilai, bukan emosi. Inilah sikap orang yang proactive.
Kalau kita bukan proactive, maka kita reactive. Orang yang reactive bergantung kepada faktor-faktor luaran. Kalau cuaca baik, mereka ceria. Kalau tidak, mereka tak bermaya. Kalau orang lain berbuat baik dengan mereka, mereka gembira. Kalau tak, mereka menjadi defensif atau bersedih. Orang-orang yang reactive mengutamakan perasaan dan emosi dan keadaan sekeliling.
Berikut contoh kata-kata dari orang yang reactive:
"Hancur hati saya sebab dia tinggalkan saya" "Saya kecewa kerana perbuatan dia kepada saya" "Saya tak boleh buat sebab dia tak mahu tolong saya" "Dia paksa saya pergi kesitu" "Saya tak boleh buat apa-apa tentang perkara tu" "Saya dah memang macam ni.. apa nak buat!" "Dia membuatkan saya marah" "Saya tak boleh lakukan..." "Kalaulah dia ada....." "Saya tak boleh...." "Saya terpaksa..."
Apabila kita menggunakan kata-kata reactive seperti diatas, kita sebenarnya berkata, "Saya tak bertanggung-jawab....." (samada kepada diri sendiri atau kepada sesuatu keadaan yang dihadapi).
Cuba fikirkan bagi diri sendiri: Pernah tak menggunakan ayat-ayat yang seakan ayat-ayat diatas?
Mari kita kaji kelemahan ayat-ayat reaktif diatas:
1. "Hancur hati saya sebab dia tinggalkan saya" 2. "Saya kecewa kerana perbuatan dia kepada saya"
Kedua-dua ayat diatas menyatakan bahawa "saya tak ada kawalan keatas perasaan saya sendiri". Ini menunjukkan keengganan untuk menggunakan pemikiran dan willpower untuk mengatasi perasaan - sikap orang yang lemah!
3. "Saya tak boleh buat sebab dia tak mahu tolong saya"
Menyalahkan orang lain kerana keengganan untuk berusaha sendiri! Kalau tak boleh buat, mengapa tak belajar dari orang yang tahu? Kalau sesuatu tugas memerlukan lebih dari seorang, mengapa tak dapatkan bantuan orang lain (selain yang tak mahu menolong)? Kalau dalam pejabat dan ada rakan sekerja tak mahu menolong, mengapa tak laporkan kepada orang atasan sebelum habis deadline? Banyak yang boleh dibuat kalau kita bertanggung-jawab!!
4. "Dia paksa saya pergi kesitu"
Ayat macam ni selalu kita dengar. Tapi, benarkah orang yang bercakap itu "dipaksa" atau sebenarnya dia pergi dengan rela? Kalau sekiranya orang yang bercakap itu diikat dan diseret, bolehlah dia berkata "dipaksa". Tapi, katakanlah sebilah pisau diletakkan dilehernya dan dia disuruh berjalan ke sesuatu tempat, lalu dia menurut. Adakah dia dipaksa? Benarkah dia tak ada pilihan?
Cuba kita bayangkan apa yang terlintas dalam kepala orang yang diancam itu:
"Kalau saya tak berjalan kesitu, leher saya akan dihiris. Kalau leher saya dihiris, saya akan mati. Jadi, saya ada pilihan - berjalan kesitu, atau mati. Saya tak mahu mati. Saya pilih untuk berjalan kesitu"
Disini kita lihat bahawa sebenarnya apa yang dilakukan - berjalan ketempat yang disuruh - adalah pilihan, bukan paksaan.
Jadi, lebih tepat kalau orang yang diancam berkata "Saya pilih untuk pergi kesitu, kerana saya tak mahu mati".
5. "Saya tak boleh buat apa-apa tentang perkara tu"
Jarang sangat kita tak boleh buat apa-apa tentang sesuatu perkara. Paling kurang, kita boleh merayu atau meminta pertolongan dari orang yang berkaitan! Oleh itu, ayat ini datangnya dari orang yang tak mahu berusaha.
6. "Saya dah memang macam ni.. apa nak buat!"
Ini lagi satu ayat dari orang yang tak mahu berusaha.
7. "Dia membuatkan saya marah"
sama seperti 1&2 diatas, ayat ini menyatakan bahawa "saya tak ada kawalan keatas perasaan saya sendiri". Ini menunjukkan keengganan untuk menggunakan pemikiran dan willpower untuk mengatasi perasaan. Lebih tepat kalau berkata, "Saya membenarkan diri saya marah".
8. "Saya tak boleh lakukan..."
Tak boleh atau tak mahu mencuba? Atau pun tak mahu mencari ikhtiar lain?
9. "Kalaulah dia ada....."
Buat apa fikirkan orang yang tak ada!! Ini hanya dalih untuk tidak berusaha mencari jalan lain!! Tak guna kita fikirkan "kalau itu" dan "kalau ini" kerana tak akan menyelesaikan apa-apa masalah!! lebih baik kita fikirkan apa yang ada, siapa yang ada dan fikirkan penyelesaian masalah dari situ.
Perhatikan bahawa beberapa contoh diatas menyalahkan orang lain, bukan diri sendiri. Inilah yang selalunya dilakukan oleh kanak-kanak yang masih dependent kepada orang lain. "Mengapa belum mandi?" "Sebab kakak tak mandikan". "Mengapa kertas bersepah atas lantai ni?" "Sebab abang tak nak tolong kutip!"
Orang reaktif adalah orang dependent. Sebaliknya, orang proaktif adalah orang independent.
Tumpuan orang reaktif ialah menyalahkan orang lain. Tumpuan orang proaktif ialah menyelesaikan masalah.
More on the differences later.
Tabiat 1 mengatakan "Be Proactive". Maksudnya, kita jadikan diri kita seorang yang proaktif. Setiap pemikiran kita dan setiap tindakan kita adalah proaktif. Kita tak bergantung kepada sesiapa selain diri sendiri. Kita terima bahawa apa saja hasil yang kita capai bergantung kepada pemikiran dan tindakan kita sendiri.
Sebelum ni kita dah tengok bahawa kita hampir sentiasa mempunyai pilihan. Sekarang ini pun kita dihadapkan dengan berbagai pilihan. Contohnya, kita boleh memilih untuk terus membaca apa yang tertulis disini, atau kita boleh memilih untuk tidur, atau kita boleh memilih untuk membuat sesuatu kerja, atau kita boleh memilih untuk pergi berjalan-jalan, atau.... kita ada macam-macam pilihan pada saat ini. Pendek kata, kita berhadapan dengan berbagai pilihan pada hampir setiap saat!
Dan kita sentiasa memilih. Pilihan yang kita buat adalah pilihan yang kita rasakan paling baik bagi kita pada ketika itu. Mungkin kemudiannya kita rasakan kita telah membuat pilihan yang salah, tetapi disaat kita memilih, kita pilih apa yang kita rasakan paling baik buat kita pada saat itu.
Oleh kerana kita sendiri yang memilih, maka kita harus bertanggung-jawab keatas setiap pilihan yang kita buat .
Seorang yang proaktif akan sentiasa bertanggung-jawab keatas apa saja yang berlaku kepadanya kerana dia menerima bahawa apa saja yang berlaku adalah hasil pilihan yang dibuatnya sendiri. Oleh itu, dia tak menyalahkan orang lain. Sebaliknya, dia akan berkata:
"If it's to be, it's up to me. I am responsible for my results.
Inilah pegangan orang yang proaktif. Sebaliknya, orang yang reaktif tidak mahu bertanggung-jawab dan akan mencari kesalahan orang lain, bertindak mengikut emosi dan memberi dalih apabila sesuatu tidak menjadi.
Don't give reasons (excuses). Give results!!
Untuk mengkaji sejauh mana kita bersifat proaktif, perhatikan dimana fokus kita. Banyak benda yang membimbangkan kita. Contohnya, kesihatan kita, pencapaian kita ditempat kerja atau dalam pelajaran, relationship kita dengan orang-orang disekeliling, peperangan di Asia Barat, siapakah bakal Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya. Kita boleh membezakan mana diantara kebimbangan kita ini yang dapat kita pengaruhi dan yang mana tak dapat kita pengaruhi.
Mana-mana perkara yang diluar kawalan kita, kita masukkan kedalam "circle of concern" dan mana-mana yang kita boleh lakukan sesuatu untuk mengubahnya, kita masukkan kedalam "circle of influence".
Dalam contoh diatas, kita akan masukkan kesihatan kita, pencapaian kita dan hubungan kita dengan orang disekeliling kedalam "circle of influence", kerana kita boleh melakukan sesuatu yang berkesan untuk mengubahnya. Sebaliknya, kita akan masukkan peperangan di Asia Barat, siapakah bakal TPM dan lain-lain yang diluar kawalan kita (samada rakan kita akan siapkan kerjanya, dengan siapa perempuan cantik tu akan kahwin, gosip itu dan ini, dll ) kedalam circle of concern.
Dimanakah tumpuan utama kita? Adakah kepada perkara-perkara dalam "circle of concern" atau dalam "circle of influence"? Jawapan kepada soalan ini akan menunjukkan sejauh mana kita proaktif atau reaktif. Orang yang proaktif akan menumpukan perhatiannya kepada "circle of influence" - perkara-perkara yang boleh kita pengaruhi.
Beberapa hari lepas, saya terima panggilan dari seorang yang rapat dengan saya. Dia tengah upset dengan orang lain. Nak lepaskan geram punya pasal, dia nak bercerita kepada saya apa yang orang tu cakap yang buatkan dia upset sangat. Saya kata, saya tak nak dengar itu semua. Apa yang utama ialah bagaimana nak jernihkan keadaan yang keruh. Lalu dia marah saya sebab "tak endahkan perasaan" dia.
Saya harap, dia akan menjadi lebih proaktif.......
Habit 2: Begin with the end in mind
Lakukan latihan berikut dalam keadaan tenang. Sebaik-baiknya cari tempat untuk berseorangan, tidak diganggu oleh sesiapa, dan cuba "kosongkan" pemikiran. Tutup mata, jika itu boleh membantu menenangkan fikiran sepenuhnya. Cuba relax sepenuhnya waktu membuat latihan berikut:
Bayangkan anda pergi menziarah seorang ahli keluarga yang baru saja meninggal. Bayangkan anda sampai kerumah itu, dan anda lihat saudara-mara, ibu bapa anda, adik-beradik dan kenalan. Rasakan kesedihan yang dirasai oleh orang-orang disekeliling.
Anda berjalan kedalam rumah dan melihat mayat yang terlantar.... dan anda lihat bahawa yang meninggal ialah anda sendiri!! Semua saudara-mara dan ahli keluarga telah berkumpul pada hari anda meninggal dunia.
Anda melihat disekeliling dan anda terdengar perbualan yang berlangsung. Orang disekeliling sedang memberikan pandangan mereka tentang anda.
Anda terdengar apa kata ibu atau ayah anda tentang anda. Apa katanya tentang anda? Adakah mereka berkata sesuatu yang baik? Adakah mereka menyesali sesuatu tentang anda?
Apa pula kata adik-beradik atau saudara-mara yang lain? Adakah mereka memandang tinggi terhadap anda atau adakah mereka berkata sesuatu yang tak menyenangkan?
Apa pula kata rakan-rakan anda?
Adakah mereka menyatakan apa yang anda ingin mereka katakan?
Apakah perangai anda yang anda ingin mereka sebut? Apakah sumbangan anda kepada keluarga dan kepada masyarakat yang dapat disebut oleh orang-orang yang hadir pada ketika ini?
Perhatikan saudara-mara dan sahabat disekeliling. Apakah sumbangan anda kepada kehidupan mereka?
Fikirkan keadaan diatas. Sebelum kita teruskan perbincangan, catat apa-apa yang terlintas dihati anda tentang apa yang anda dengar dan harapkan disebut-sebut pada hari kematian anda
Sesuatu berlaku semalam yang mengingatkan saya kepada nasihat berikut:
"Do not let external factors influence the way you feel inside".
Ini sebahagian dari Habit 1: Be Proactive, jadi saya tangguhkan dulu perbincangan Habit 2 untuk menerangkan sikit ayat diatas ni, menggunakan contoh yang hampir sama dengan contoh yang digunakan oleh Anthony Robbins:
Katakan kita menghadapi sesuatu masalah dan kita sentiasa memikirkan masalah tu dari pagi sampai petang. Kemudian, kita pergi ketepi pantai.
Kita rasakan tiupan angin yang menyegarkan. Terdengar bunyi ombak riak memukul pantai. Air laut kelihatan tenang, selain alunan air ditiup angin. Burung-burung camar berterbangan diudara. Kanak-kanak berkejar-kejaran dengan riang. Cantik pemandangan ini. Lalu kita tersenyum menikmati keindahan alam....
Apakah yang berubah? Masalah kita masih belum selesai. Tapi, kalau tadi kita bermuram, kini kita mampu tersenyum. Apakah yang berubah?
Yang berubah ialah perasaan kita. Perasaan kita telah berubah kerana persekitaran yang berbeza. Kita telah membenarkan keadaan sekeliling untuk mengubah perasaan kita. Tapi, perlukan kita berada ditepi pantai untuk mengubah perasaan kita? Mengapa tidak kita bayangkan bahawa kita sentiasa berada ditepi pantai, dan oleh itu kita tak perlu berasa muram?
Jangan biarkan keadaan sekeliling mengubah perasaan kita. Biarlah perasaan kita sentiasa positif walau apa pun keadaan disekeliling. Itulah sikap seorang yang proaktif.
Kalau kawan atau saudara berkata sesuatu yang negatif, kita dengar, tapi jangan biarkan perasaan kita terganggu. Kita terima bahawa mereka memberikan pandangan mereka (dan mereka berhak kepada pandangan mereka), sedangkan pandangan kita tak begitu. Perasaan kita tak terjejas. Kepercayaan kita kepada diri sendiri juga tak terjejas oleh "external factor" itu.
Kalau orang marah-marah kepada kita, atau nag kita, kita tak perlu marah balik atau rasa tersinggung. Kita boleh berkata kepada diri sendiri, "Itu hak dia untuk marah. Saya pilih untuk tidak marah atau tersinggung. Sebaliknya, saya akan dengar apa katanya, terima mana yang baik dan tolak mana yang buruk - tanpa rasa tersinggung".
Orang gila mungkin memikirkan dirinya Tuhan, tapi itu tidak membuatkan dia Tuhan
Tetapi, kalau diubah sikit, kita dapat ayat betul:
"Apa yang kita fikirkan tentang diri kita menunjukkan siapa kita".
Dan apa yang kita fikirkan tentang orang lain juga menunjukkan siapa kita.
Kalau kita selalu memikirkan bahawa kita lebih baik dari orang lain, kita menunjukkan bahawa kita adalah seorang yang ego dan bongkak, yang belum tentu lebih baik dari orang lain. Kalau kita selalu menyalahkan orang lain, kita menunjukkan cara kita berfikir (reaktif) yang tak semestinya betul.
Satu lagi:
"Apa yang kita niat, itulah hasil yang kita dapat"
Saya percaya ramai yang akan mempertikaikan kenyataan ini. Saya bagi contoh:
Seorang kawan telah berkata kepada saya, "Saya akan ke Teluk Intan dan akan balik kesini petang Ahad nanti".
Tetapi, dia cuma balik pada hari Selasa. Bila ditanya, katanya "Waktu saya di Teluk Intan, mak telefon minta saya balik ke Taiping. Jadi saya balik ke Taiping hari Ahad lepas, walau pun saya berniat nak balik ke Kuala Lumpur".
Lalu saya terangkan perkara sebenar: "Masa meninggalkan Kuala Lumpur, memang niat nak balik hari Ahad. Tapi, bila mak telefon, niat dah berubah kepada Nak balik ke Taiping, dan itulah yang terjadi".
Apa yang kita niat, itulah hasil yang kita dapat. Kalau kita berniat untuk ke Hong Kong, kita akan bertindak sejajar dengan niat itu, dan kita akan sampai ke Hong Kong. Kalau kita tersalah flight sekali pun dan sampai ke tempat lain, selagi niat kita tak berubah, kita akan berusaha untuk sampai ke Hong Kong seperti niat kita. Tapi, kalau niat dah berubah, kita akan capai niat kita yang baru itu.
Pemikiran --> Niat --> Tindakan --> Hasil
Contoh:
Seorang lelaki bersedih kerana isterinya curang dan mempunyai kekasih lain. Ini merupakan hasil yang diperolehi oleh lelaki itu. Apakah niat dan tindakannya yang mendatangkan hasil ini? Dia perlu mengkaji niat dan tindakannya sendiri untuk memperbaiki keadaan, bukan serta-merta menyalahkan isterinya. Dia harus memikirkan apa kegagalannya yang menghasilkan isteri yang curang, bukan menjadi seorang yang reaktif, yang tak dapat melihat kelemahan sendiri.
Betul, isterinya pun bersalah juga. Kelakuannya yang curang adalah tindakannya hasil dari sesuatu niat dihatinya. Yang jelas, niatnya ialah untuk tidak memperdulikan perasaan suaminya. Hasil kepada niat dan tindakannya ini bergantung kepada apa yang akan dilakukan seterusnya oleh suaminya. Walau apa pun, hasil yang diperolehi adalah kesan kepada apa yang diniatkan.... dan isteri akan terus bertindak sehingga niatnya tercapai.
OK. Lepas ni kita sambung balik Habit 2: Begin with the end in mind.... Sambungan Habit 2: Begin with The End in mind
Sesiapa yang mencuba latihan "visualisation" yang diberikan sebelum ini - membayangkan keadaan disaat kematian - sudah tentu akan berdepan dengan nilai-nilai diri sendiri yang paling utama. Latihan itu memberikan kita gambaran tentang apakah yang paling penting bagi kita dalam hidup ini.
Dalam menempuh kehidupan seharian, kadang-kadang kita terpesong dari apa yang sebenarnya penting bagi kita. Contohnya, dalam kita mengejar harta-benda dan wang ringgit, atau dalam kita mencipta nama dalam sesuatu bidang, kita abaikan tanggung-jawab kepada Tuhan, keluarga, masyarakat dan sebagainya. Akhirnya, kita capai apa yang kita kejar - kita kaya harta, dan nama kita terkenal, tetapi jiwa kita kosong. Kita merasa keseorangan dan penuh sesal kerana mengabaikan manusia yang paling penting dalam hidup kita... yang kini sudah tidak menghiraukan kita lagi.
Andainya kita tumpukan usaha kita untuk pencapai apa sebenarnya yang paling penting dalam hidup kita, tentulah kehidupan kita berbeza dari seorang yang hanya mementingkan harta dunia. Mengejar harta itu penting kerana banyak yang dapat kita lakukan dengan harta, tetapi, harta dan wang ringgi hanyalah means untuk mencapai sesuatu yang lebih bermakna.
Kalaulah kita telah mengetahui apakah sebenarnya yang paling penting dalam hidup kita, maka kita telah pun bertemu dengan "end in mind" bagi diri kita, atau pun ukuran kejayaan bagi hidup kita. Dan dari situ, kita dapat membentuk misi hidup kita.
Apakah misi hidup anda? Kalau tak dapat jawab, cuba lakukan latihan visualisation yang diberikan sebelum ini.
Konsep ini tidak mustahil dan bergantung kepada pemikiran sendiri. Tetapi kita perlu mampu melakukan "paradigm shift" yang akan membawa kita kepada cara pemikiran yang berbeza. Kalau kita tak mahu melakukan "paradigm shift", memang segalanya tak boleh dilakukan.
Cuba kita kaji ayat ini semula:
"Hati anda tidak akan dilukai jika anda tidak membenarkannya"
Apakah yang melukakan hati kita? Mungkin kekasih, mungkin perbuatan orang terhadap kita. Kita ambil contoh kehilangan kekasih. Perlukah kita "terluka" bila kehilangan kekasih?
Kalau benar kita sayang kepada kekasih, maka kita akan utamakan kebahagiaannya, bukan keinginan kita sendiri. Kalau kita utamakan keinginan kita sendiri, maka kita selfish, bukan sayang kepada kekasih.
Kalau kita utamakan kebahagian kekasih, dan dia lebih bahagia bersama orang lain, bukan kita, mengapa kita harus bersedih? Mengapa kita tidak merasa gembira apabila orang yang kita sayang telah bertemu kebahagiaannya - walau pun disamping orang lain? Sucikah "cinta" kita? Atau kita hanya mementingkan diri sendiri? Benarkah kita cintakan kekasih itu atau sebenarnya kita cintakan diri sendiri dan ingin memunyai kekasih itu - seolah-olah dia barang atau benda yang boleh dipunyai? Apabila kita ditinggalkan kekasih, kita meraksa sakit dan kecewa hanya apabila kita mementingkan diri sendiri!
Lihatlah kasih-sayang seorang ibu terhadap anaknya. Adakah seorang ibu merasa sedih dan kecewa apabila anaknya bahagia? Tentu sekali tidak! Dan inilah contoh kasih-sayang yang tak diselubungi perasaan mementingkan diri sendiri.
Balik kepada ayat asal - "Hati anda tidak akan dilukai jika anda tidak membenarkannya". Dalam kes kekasih, kalau kita tak mementingkan diri sendiri, kita tak akan dilukai. Dan kita boleh lakukannya dengan cinta yang suci.
Saya berikan satu lagi contoh - satu contoh yang extreme, hanya untuk menunjukkan konsep diatas.
Katakanlah seorang gadis dirogol bergilir-gilir oleh 10 orang lelaki. Gadis itu mempunyai pilihan:
Dia boleh merasakan dirinya sudah menjadi terlalu kotor dan tak ada nilai, lalu merasa rendah diri dan menderita sepanjang hayatnya.
Atau, dia boleh berkata kepada diri sendiri, "Pengalaman itu telah mengajar aku bermacam-macam teknik senggama, walau pun secara terpaksa. Aku pasti akan dapat memberikan kepuasan kepada suami bila kahwin nanti... dan aku pasti ada lelaki baik yang akan berkahwin dengan ku kerana aku dirogol, bukan berzina!". Dan dengan ini, dia tidak merasa rendah diri sedikit pun!