Terdapat 98 jurnal telah dimasukkan dengan 13 mukasurat dan anda berada di mukasurat 4
Jumaat, 5 December 2003, 4.14 p.m
penin kepala dan badan lemah tidak bermaya
ahh ari ni.. apersal ntah.. badan aku cam nak demam pun ada. gigil ajer.. iskkk.. dah la malam tadi dari kul 10-12 tu badan aku gigil cam kena demam kekura.. seram sejuk aku..lepas aku amik air semayang, pakai baju tebal˛ lelama baru ok..tolong akuuu.. naper ntah jadi cam gini.. iskk..
ahad ni aku jaga exam
ahad ni aku kena jaga exam 10.00 - 12.30. so nanti leh dapat replacement leave satu hari yehaa.. best gak.. tgh pk bila nak amik replacement leave tuh..
esok sabtu
malam tadi kak za housemate lama mai. nak clearance kan barang-barang dia.. pheww lepas ni leh la sessi kemas mengemas dan membuang barang-barang tidak terpakai dalam tuh..leh la decorate apa yang patut..
esok plak sabtu aku nak membaya segala jenis mak nenek bil. bil maintenance rumah, bil air, bil perkhidmatan pembetungan.. lepas tu apa ek.. jengjalan la kot. tak pun tido..ngantukzzzz
Khamis, 4 December 2003, 10.03 p.m
Jangan Di undang Cinta
Ia datang tanpa di sedari, tanpa di undang. Mungkin dari bawah jambatan atau pun dari semangkuk tomyam. Ahh cinta..memang kurang ajar ..tak ada adab sopan Datang nya tanpa salam. Pergi nya juga tanpa selamat tinggal Bertandang tak kira masa.Tiba tiba saja cinta jadi tetamu.
Lalu kita sajikan Dengan rindu Dengan kasih Dengan sayang.
Saat cinta pergi Kita jadi sayu Kita jadi pilu Kita jadi resah.
Itulah cinta bukan bergolek datang nya Bukan di undang kedatangannya. Jangan katakan tidak pada cinta Jangan di tutup pintu pada cinta Biarkan Biarkan Terkunci rapat sekalipun pintu hati.
Agent agent cinta akan sentiasa menyelusup masuk Kedalam jiwa yang kononnya sudah kaku dan mati. Ketika itu sudah terlambat untuk menafikan Yang kita sudah jatuh cinta.
Jangan di cari cinta..
:::soalnya..adakah aku sedang jatuh cinta sekarang ini?:::
Rabu, 3 December 2003, 10.04 p.m
sessi melepas geram
apa daaa cakap cam keling.. kejap tanya bila nak beli.. kejap tak kasi beli.. iskk geram plak aku ngan tenuk sekor ni.. grrrgrgrgrgrgrggr tembak diaaaa
Selasa, 2 December 2003, 11.00 a.m
The End of the Internet
Do you want to know where is the end of the internet? just click here
Selasa, 2 December 2003, 10.55 a.m
perjalanan menuju ke opis
hujan turun dengan lebatnye. jam telah menunjukkan pukul 7.00 pagi. aku baru ajer abih mandi.. sejuk nye.. aku syampoo rambut dan letak conditioner skali. pasal semalam kena ujan.. takut penin kepala plak kalau mandi tak basah kepala.
selepas meng"iron" baju. aku bersiap˛ untuk pegi keje. huh hujan masih turun ngan lebat.. cam ne nak gi keje ni. terpaksa la aku memakai payung..setelah siap semuanye, solek˛ dan pakai perfume jLo ku yang wangi itu, aku pun melangkah kluar meredah hujan lebat menuju ke stesen lrt. waktu itu jam menunjukkan pukul 7.50 pagi. aku mengambil payung shima sebab shima blom balik dari kampung, bleh la pinjam payung dia yang berjenama giordano itu.
Dalam kelebatan ujan, aku meredah sambil mengangkat kain sikit takut basah kuyup plak kain nanti terkena air. di pertengahan jalan menuju ke lrt aku singgah di gerai makcik depan umah, untuk membeli nasi lemak. sudah lama rasanye aku tidak makan nasi lemak. rasanye sudah lebih dari sepurnama lamanye. setelah membayar segala aku meneruskan perjalanan menuju ke stesen lrt. akibat dari hujan lebat, jalan di depan rumah aku di penuhi dengan air yang melimpah deras memasuki longkang-longkang berhampiran, menyebabkan aku terpaksa melangkah dan berjalan dengan penuh hati-hati agar kasut ku tidak basah dan dimasuki air. Namun usaha ku tidak berhasil, semasa aku melangkah, air yang deras sempat jua menerjah memasuki kasut aku, "cehh hampeh tul.. basah dah kasut dan kaki aku. kalau aku tau gini aku pakai sipar ajer gi opis, tak yah susah-susah basah kasut. kasut opis masuk ajer dalam beg. Tapi apa nak buat mende dah terjadi. nanti kat opis takpe,boleh keringkan kasut" bisik hatiku cuba menenangkan diri sendiri.
Sampai ajer di pintu masuk lrt aku menunjukkan monthly card lrt yang baru aku beli semalam dengan harga 70 ringgit sekeping. Tidak sampai seminit aku tiba di platform, lrt pun sampai, lalu aku terus menaiki lrt menuju ke stesen taman bahagia.
Sampai ajer di stesen taman bahagia, hujan sudah agak reda. tidak selebat semasa aku keluar rumah tadi. walau bagaimanapun payung masih diperlukan. aku tidak mau basah walau pun kena setitik hujan.
Van yang di tunggu-tunggu pun tiba, aku melangkah masuk menaiki van. tepat pukul 8.20 van bergerak meninggalkan stesen lrt menuju ke opis aku. 8.25 van sudah sampai di pintu utama bangunan opis aku. aku turun sambil membuka payung terlebih dahulu agar tidak basah dek ujan yang masih rintik-rintik.
Setelah mengenakan name card kerja pada mesin pengimbas pintu aku pun melangkah masuk menuju ke bilik aku. Payung yang tadi basah aku bukakan agar cepat kering dan aku letakkan di sudut pintu. kasut yang tadi basah juga aku tanggalkan dan letakkan di bawah meja. aku hanya memakai slipar yang memang dah sedia ada.
Kemudian aku membasuh cawan dan sudu, aku membuka bungkusan nasi lemak yang aku beli tadi dengan penuh berselera. Setelah selesai bersarapan aku pun bersedia untuk memulakan kerja-kerja aku untuk hari ini di samping mencuri sedikit masa untuk menulis jurnal ini.
Tamatlah sudah perjalanan aku dari rumah ke opis, nanti kalau ada masa balik nanti aku akan tuliskan plak jurnal perjalanan aku dari opis ke rumah.Itu pun kalau aku rajin on kan pc aku kat rumah tuh. sekarang aku lebih suka melepak di ruang tamu, menonton tv dari mengadap pc kat dalam bilik. Oh ya sebelum aku terlupa, hari ini aku memakai serba biru muda, baju biru muda, tudung biru muda, lipstik je merah, kasut hitam dan handbag coklat gelap. kalau lipstik biru gak orang ingat aku cam tak betul plak hehe. cam pelik plak aku rasa kalau pakai lipstik biru
Selasa, 2 December 2003, 10.05 a.m
From This Moment - Shania Twain
(I do swear that I'll aways be there. I'd give anything and everything and I will always care. Through weakness and strength, happiness and sorrow, for better or worse, I will love you with every beat of my heart.)
From this moment life has begun From this moment you are the one Right beside you is where I belong From this moment on
From this moment I have been blessed I live only for your happiness And for your love I'd give my last breath From this moment on
I give my hand to you with all my heart Can't wait to live my life with you, can't wait to start You and I will never be apart My dreams came true because of you
From this moment as long as I live I will love you, I promise you this There is nothing I wouldn't give From this moment on
You're the reason I believe in love And you're the answer to my prayers from up above All we need is just the two of us My dreams came true because of you
From this moment as long as I live I will love you, I promise you this From this moment I will love you as long as I live From this moment on
.......................
love this song coz so means to me
Isnin, 1 December 2003, 5.11 p.m
sabar itu separuh dari iman
aku cuma nak mengingatkan diri aku bahawa sabar itu separuh dari iman.. banyakkan bersabar dengan perkara-perkara yang berlaku terhadap diri aku..aku perlukan sabar dan sabar dan sedikit kecekalan.. walau apa pun yang terjadi aku perlu ingat Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang terhadap hamba-hambanye.
ada hikhmah di sebalik sesuatu kejadian yang menimpa..aku cuma perlu bersabar.. sabar lah wahai fidahhhhhhh!!!!!... sabar sabar dan sabar lagik..
Isnin, 1 December 2003, 2.00 p.m
Isnin
start bekerja semula setelah balik bercuti raya dari kampung. monday bluess lol..
raya
raya seperti biasa ramai orang mai rumah. raya aku tak pegi jalan memaner pasal orang ramai datang rumah, tu pun sebab ujan petang kurang la skit orang datang kalau idak lagi tak menang tangan..
makan raya
hari raya aku makan nasi himpit, makan muruku, makan kek buah skit ngan makan nasi. aku tak makan beskot raya. aku tak suka sgt beskot raya.
duit raya
duit raya aku kasi gak kat bebudak sepupu sepapat, anak sedara..tapi pasal takde ramai sgt so takde la pokai aku ahakss..
desaru oh desaru
beskot sms ajak holiday ke desaru bersama kengkawan yang lain pada cuti raya cina nanti. aku cakap kat dia. plan elok˛, set date n time, n saper yg kompem gi. then bilang aku then aku kompem. InsyaAllah aku bleh pegi..
balik dari kampung
aku balik dari kampung hari sabtu, naik bas pukul 10.00 tapi pukul 10.30 baru jalan. biasa lerr bas tambahan. nasib baik la bas persiaran, kalau bas skolah or bas kilang ke cam tak sanggup skit ajer.. bukan apa tak selesa. aku rela bayar mahal asalkan bas tu selesa untuk perjalanan dan menepati waktu.
anak sedara aku kena chicken pox
sian dia.. umur baru setahun 2 bulan kena chicken pox. terpaksa la akak aku membotakkan kepala dia supaya senang nak sapu ubat.
aper yer..
apa yerr nak tulis.. lepas cuti raya ni aku tulis jurnal ni pun pendek˛ ajer.. aku malas nak tulis berjela-jela.