Main
Home
Biodata
Album
Journal
Read
Old Journal
Collection
Islamic Info
Midi
Quotes
Radio & TV
YTunnel
Yahoo Stuff
Poem
Contact
E-Mail
Yahoo IM
GuestBook
Links
Tipah
Wawa
Unsung Hero
Syati
Elaira
Mat Jan
Kak Tini
Fajar
Hanya Sayang
Raya 2020

 

Jurnal Kisah Seorang Aku

Jurnal Terkini dan Terdahulu..
Kembali Ke Jurnal Terkini

Terdapat 98 jurnal telah dimasukkan dengan 13 mukasurat dan anda berada di mukasurat 3

Selasa, 9 December 2003, 12.54 p.m 
yahooooo!!!!

yahoo satu kejayaan besar untuk aku.. ahakss..setelah berusaha. aku telah berjaya membuang banner kat brinskter nih.. takde la menyemak dah kat website aku nih.. hehehe bestnyee.. harap˛ admin brinkster tak perasan yang aku telah membuang banner kat setiap page yang aku dah buat.. yehaaa.. la la la bestnyee

 


Selasa, 9 December 2003, 11.05 a.m 
brinkster gilerrr

menci tul aku ngan brinkster nih.. apersal ntah..mementang la aku guna server free. dulu takde banner. now dah ada banner plak.. aku try tadi letak script yang leh kill pop up banner tuh. sekali lain plak banner yang menempek.. yg bengangnye.. aku nye frame cam tak wujud. tinggal main page ajer. arghhh bengang plak aku.. grgrgrgrg

 


Selasa, 9 December 2003, 10.17 a.m 
malam tadi pegi clinic

malam tadi aku pegi clinic dekat ngan rumah nih. aku rasa macam nak demam. badan plak memang cam sengal-sengal, sakit-sakit.. iskk. tetiba aku terpk pasal demam denggi bila aku tengok nyamuk. aku pun try surf kat internet pasal tanda-tanda demam denggi. bila terbaca pasal tanda-tanda tuh, tu yang aku terus pegi clinic.

kat clinic doctor check semua and kasi 3 jenis pil.doctor kata if still demam dan badan tak bermaya berterusan wednesday ni pegi lagi untuk check darah. aku harap takde apa-apa la. lepas aku makan ubat ni, rasa ok skit. dah kurang sakit-sakit badan. mungkin nak demam panas kot. pasal dah semenjak 2-3 hari ni mang aku seram sejuk. badan panas tapi aku rasa sejuk. kalau kat rumah mesti nak pakai baju 2-3 lapis, tido pun tak on kipas. kiranye cam aku rasa berada di eskimo la. tu belom kira time nak mandi, sejuk mengigil-gigil rasa.

esok cuti

esok aku bercuti. nak rest kat rumah. memandangkan badan aku yang tak berapa sihat nih. kepala cam penin-penin pun ada now. kalau kat opis ni, lagi la sejuk.. arghhh aircond cam dalam peti ais.. geram plak aku.. apersal la dorang pasang aircond yang sejuk melampau nih.

aku dah penin..

aku dah penin tak tau nak tulis apa..nak listkan ajer..

** malam tadi gi rumah boya amik derian belanda. lom makan lagi, balik karang ler aku bukak. pasal malam tadi aku makan ubat, so takut plak bercampur ngan derian belanda ni ada effect apa-apa ker. setengah ubat tak leh dicampur-campur cam tak leh makan ngan tembikai ke , air gas ke, madu ke, ntah ler. tu yang aku pernah terbaca la. tatau la betul ke tak. aku tak nak amik risiko telan ubat ngan amik makanan berisiko nih.

** hari ni kena antar appraisal pasal esok dah cuti.
** hari ni gak org citibank tu nak datang antar gift pasal aku dah buat credit card citibank.
** hari ni kasi digicam kat faizul. nak kena tanya opismate aku yang pinjam tu, sama ada dia dah bawak ke blom digicam tuh. call tadi pagi tak angkat plak. jaga exam kot

remove album link

kat menu album tu aku dah remove buat masa sekarang, aku pun tak tau kenapa aku remove, cuma sekarang aku tak berminat nak meletakkan gamba-gambar aku dalam website untuk tatapan org-org yang tak dikenali, sebab dalam site ni terdapat jurnal, so ada pro and kontra meletakkan gambar-gambar tersebut. yang terbaik buat masa sekarang ialah buang link utk menu album tersebut. so pueh hati denn!!!

 


Isnin, 8 December 2003, 2.30 p.m 
la..la..la..la

hari ni isnin, aku menengok-nengok form appraisal nak kena isi. nak kena submit before 10 december nih. lagi 2 hari..takde ke sesaper nak offer aku keje baru.. iskk boring dah aku kerja kat sini.. envinronment dah lesu..and no career future..

hari ni rupanye aku baru dapat tau seorang lagi staff nak resign. kak rozi nak resign gak, 10 December last date dia.. huwarghhh bulan ni 3 org resign..apersal semua pakai resign nih?..dah tak ceria dah suasana kat department aku nih..

sakit belakang dan bahu

ushhh sakit bahu ngan belakang la aku sejak akhir-akhir nih.. aku cam rasa nak berurut. tadi pun aku dah urut sendiri, tumbuk-tumbuk memaner yang patut. lega skit. tapi mang rasa cam sengal-sengal kat belakang area pinggang nih.. iskk asal ek..salah tido ker? ingat nak pegi jumpa doctor tapi tak jadi plak.

boya bawak derian belanda

tadi si boya missed called, ingatkan naper la missed called. aku pun sms la tanya. sekali dia reply."hi, do i know u?" hahah nak buat lawak ke boya nih.. ber hi hi plak peh tu siap speaking lak haha.. aku pun sms balik tanya "ko ni nak buat lawak ke, siap ber hi hi lepas tu siap tanya do i know u". lepas tu dapat reply.." eh akira ngok ngek! ko nak durian belanda tak? nak datang umah aku mlm ni! nak datang tepon dulu!" cehh hampess kelapa ko boya panggil aku ngok ngek lak .

dulu si boya citer kat kampung dia ada tanam durian belanda, tu la aku suh bawak. tapi tiap kali dia balik kampung, dia kata durian tu baru berputik la, baru berbunga la ha ha ha. tu la hari tu dia balik, dia kata nanti kalau dia balik kampung tengok ada durian belanda dia bawakkan. aku cakap "ada ke, dari dulu asyik berbunga ajer durian ko, takde plak berbuah-buah ". tu lah this time ada plak dia bawak balik hehe. so balik ni bleh la pegi umah cik boya kat block sebelah tuh. aku pun posa sama hari ni. bleh la aku buat durian belanda tu utk berbuka posa

 


Ahad, 7 December 2003, 11.35 a.m 
Bukan Cinta Biasa - Siti Nurhaliza (Dewiq & Siti Nurhaliza)

Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

( korus )
Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan


akira : cintaku juga bukan cinta biasa..tapi cinta luar biasa..hihih

 


Ahad, 7 December 2003, 11.30 a.m 
tengah jaga exam

time ni aku tengah jaga student exam dalam bilik aku. student ni clash jadual dia, so kena buat awal dari biasa. aku jaga dari pukul 10.15 - 12.45. kiranye 2 jam 30 minit la. sambil-sambil jaga exam ni, aku membaca forum-forum yang ada just nak mengisi masa. aku tak suka duduk saja tak buat apa-apa. at least bleh membaca, tak kisah la apa yang nak dibaca asal ada info yang menarik..

balik ni, aku nak terus ke kl sentral nak deposit cash dalam akaun aku. tak suka nak simpan cash banyak dalam tangan.

 


Ahad, 7 December 2003, 12.18 a.m 
open house

aku baru balik open house..kenyang rasanye ahaks.. makan satay, nasi himpit dan nasi lemak hehe.amik gamba raya bersama kengkawan.. nanti kalau dah siap, aku akan masukkan gamba raya dalam ni, InsyaAllah.

boring di petang hari

petang tadi aku boring sengsangat. dah tido seharian. sebab boring yang terlampau, aku pun mengcall si yann. dah berabad tak call dia. lagi pun saja nak call tanya khabar. dia berminat untuk kerja kat mesia. hari tu edee ada cakap yang kat tempat dia ada kosong, so aku pun inform dekat yann. dia pun try la mintak. hope dapat if ada rezeki. yann ni member chat aku yang dah kenal lama seangkatan dengan si beskot. antara chatters yang pertama aku kenal masa aku memula chat kat yahoo room, tapi tak pernah lagi jumpa face to face.cuma pernah tengok gamba ajer..best gak kalau yann pindah sini leh lepak sesamer jengjalan shopping..

 


Sabtu, 6 December 2003, 11.10 a.m 
aktiviti hari ini

huwarghhhhh.. bestnyer melepak cuti-cuti malaysia nih sambil dengar radio light and easy kegemaran aku nih. lagu-lagu berentak slow and steady ahakss.. haiii hari ni cuti aku bangun pukul 7.30 tersedar sebab si shima baru balik dari kampung. gelak-gelak. meriah plak aku dengar.. aku pun bangun lepak skali kat depan tv..

pepagi buta aku dah on pc, dengar lagu, lepas tu aku start melalak. almaklum la dah lama tak berkaraoke hehe.abih melalak aku lepak˛ lagi. lepas tu dalam kul 9 bila aku tengok kaunter pembayaran kat bawah tu dah buka. aku pun pegi laa membayar segala jenis mak nenek bil. maintenance rumah ngan bil air. bil khidmat pembetungan tak bleh plak baya kat situ. takpe nanti bleh baya guna maybank2u. tapi aku nak baya kat opis la nanti sebab aku nak print resit dan bukti pembayaran tuh. kat rumah aku ni takde printer ahakss..

lepas baya. sambung lagi melepak-lepak sambil mengira-ngira duit budget aku untuk bulan ni. aku nak bukak saving account kat maybank cadangnye. tapi lom bukak lagi. kalau leh nak ada satu account khas utk aku simpan duit untuk aku beli keter ke, holiday2 ker. senang skit.

bestnyee cuti-cuti gini berehat-rehat di rumah. rumah pun dah kemas sebab kak za dah amik semua barang-barang dia.. ni sambil aku menulis jurnal ni aku masih berbaju tebal cam duduk oversea ahakss.. huwarghhhhh malasnye nak mandii...

open house

petang or malam ni InsyaAllah nak gi open house umah fiza kawan pekjah junior aku masa study dulu gak.. makan-makan membesarkan badan..kalau tak silap rumahnye kat kajang kot..fiza lecturer penyanyi waheeda tuh. hehe teringat dia citer (ekceli dia citer kat pekjah, pekjah citer kat aku balik) waheeda student dia tuh ,sebatu lagi nak sampai, dah cium bau perfume dia hahah dasat gilerr waheeda pakai perfume sembur satu botol gaknye ahakss..

 


Page:  << Prev  1  2  3 4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  Next >>


© copyright 2004 www.akiranagasaki.net.tc