Main
Home
Biodata
Album
Journal
Read
Old Journal
Collection
Islamic Info
Midi
Quotes
Radio & TV
YTunnel
Yahoo Stuff
Poem
Contact
E-Mail
Yahoo IM
GuestBook
Links
Tipah
Wawa
Unsung Hero
Syati
Elaira
Mat Jan
Kak Tini
Fajar
Hanya Sayang
Raya 2020

 

Jurnal Kisah Seorang Aku

Jurnal Terkini dan Terdahulu..
Kembali Ke Jurnal Terkini

Terdapat 98 jurnal telah dimasukkan dengan 13 mukasurat dan anda berada di mukasurat 2

Isnin, 22 December 2003, 9.11 a.m 
tanpa tajuk..

izinkah aku mencuri sedikit masa untuk menulis di dalam jurnal ini. hari ini sebenarnye aku bercadang untuk berpuasa tapi kerana godaan yang banyak terdapat di depan rumah aku itu, akhirnya aku tewass.. secara automatik aku berenti di depan gerai makcik itu dan membeli sebungkus nasi goreng dan 3 keping sandwich hehehe maka kesimpulannya hari ini aku tidak jadi untuk berpuasa sebab pagi-pagi lagi aku dah makan.. sekarang ni memang aku kuat makan plak. rasa nak makan jer 24 jam.. aku rasa mungkin peredaran hormon aku ni kot yang menyebabkan aku jadi begini..sabtu tadi aku timbang berat.. ahh berat aku naik rupanye. last sekali aku timbang masa bulan puasa, masa tu berat aku hanya bernombor 48 kg.. hari sabtu tadi tetiba jadi 53 kg. erkk banyak nye naik. aku pun tak tau sama ada penimbang tu yang rosak atau aku yg makin gemuk hihih. apa-apa pun selalunye berat normal aku memang dalam area 50/51.. aku rasa penimbang kat midvalley tu rosak tuh. sebab tu berat aku naik hehe sekadar menyedapkan hati ku bukan kristal

tahun baru

tinggal lebih kurang 10 hari kita akan menyambut tahun baru.. seperti biasa bila tiba tahun baru pasti orang akan bertanya mengenai azam baru untuk tahun ni.. azam aku, aku nak tukar kerja kalau ada rezeki, pasal aku dah sampai satu tahap tidak ada minat untuk bekerja di sini.dengan environment yang ntah la tak tau nak cakap. bulan ni seorang lagi staff dept aku menghantar surat utk resign..makin lama makin sikit plak orang di sini.. dah tak best nak bekerja. sedikit sebanyak aku terkena gak tempias² orang nak resign nih

sambutan tahun baru

untuk tahun ini aku tidak berada di semenanjung untuk menyambut tahun baru seperti sebelum² ini. aku akan pegi sarawak pada 29 dec ni sehingga 6 januari 2004. Yahoooo.. jadinye aku menyambut tahun baru di sana. aku pergi ke sana sebab nak cuti-cuti malaysia sebagai menyahut kata-kata Menteri Kebudayaan & Pelancongan Malaysia ahakss.. secara automatik aku juga turut menjana ekonomi negara dengan pergi bercuti dalam negara..malam tahun baru, akak kata kat aku nak plan buat BBQ kat rumah dia..bestnyerr..

smallville



semalam last episode untuk smallville musim ini. ntah season yang ke berapa aku kurang pasti.. tapi semalam ceritanya agak menarik.. aku memang suka menonton citer nih. Semalam clark telah mendapat arahan dari ayah kandungnya untuk mengikut wasiat yang telah memorikan dalam kapal angkasa dia tuh. ayah clark menyuruh clark meninggalkan keluarganye dan lana.. tapi clark tak mahu pasal dia sayang kat parent angkat dia dan lana. clark dan lana dah mula bercinta.. Maka clark bertindak dengan memusnahkan kapal angkasa tersebut supaya tiada lagi suara² yang akan memberia arahan kepadanye. Dia berjaya memusnahkan kapal angkasa tersebut dengan menggunakan kripton yang berbentuk seperti kunci asal kapal tersebut. kunci tersebut di curi dari ayah lex luthor.
Tapi malang terjadi semasa kejadian tersebut, ayah dan ibu clark balik sebab bimbangkan clark yang tidak hadir ke majlis perkahwinan lex.akibat dari cahaya dan letupan tersebut, ayah dah ibu clark telah terbabas dan terjadi kemalangan kepada mereka berdua. Ibu clark telah kehilangan kandungannya. Berita ini amat menyedihkan ayah clark dan clark sendiri. clark berasa amat bersalah. ayahnya juga berasa amat bersedih dan turut menyalahkan clark kerana tidak berbincang dengan mereka untuk membuat keputusan memusnahkan kapal angkasa tersebut. Akibatnye clark macam merajuk.. dan dia teringat kata² ayah kandungnya. Jika dia tidak pergi seperti yang di wasiatkan, maka dia akan menyakiti orang² yang berada di sekelilingnya..Barulah clark sedar, memang nasib dia telah di tentukan oleh ayah kandungnya. Maka clark telah membuat keputusan untuk pergi dari smallville dengan membawa cincin batu merah yang di ambil dari opis chloe.. pemergian clark itu amat menyedihkan lana..walaubagaimanapun lana tidak dapat berbuat apa² sebab clark telah membuat keputusan muktamad. Sementara chloe pulak telah bersetuju dengan rancangan lionel luther (ayah kepada lex) untuk bekerja dengan lionel dan membantu lionel menyiasat mengenai clark. chloe tidak tau apa yang menyebabkan lionel begitu berminat dengan clark. tapi dia ikut jugak sebab dia bengang dengan clark. chloe bengang sebab clark seolah-olah main tarik² tali dengan dia, clark kata dia tidak ada apa² dengan lana, mereka berkawan dan chloe pula menyimpan perasaan terhadap clark..tetapi hakikatnya clark dan lana telah menjadi sepasang kekasih sebab chloe nampak semasa clark mencium lana di bangsal dekat rumah clarkk.. ahh chloe jeles lah apa lagik.. itu dia nekad untuk mengikut rancangan lionel luthor. Mengenai lex pula dia telah selamat berkahwin dengan doctor tersebut (lupa plak aku nama dia). semasa penerbangan untuk pergi berbulan madu, lex yang baru sedar akibat mabuk/tidor. tak sure plak aku. tetiba dia lihat tiada siapa di dalam kapal terbang, dan kapal terbang menjunam terjun ke laut. tiada siapa ketika itu. tak tahulah siapa punya rancangan. atau kapal tersebut telah di sabotajj.. semua bersambung minggu depan di season yang akan datang. bagaimana dengan clark dengan kehidupan baru nya di tempat baru. bukan lagi di smallville. bagaimana dengan lex, adakah dia selamat? siapakah yang bertanggungjawap menyebabkan kapal tersebut terhempas. kemana hilangnya isteri lex dan pilot² dalam kapal tuh. apa reaksi Ayah dan ibu clark apabila mengetahui clark telah pergi meninggalkan mereka..Bagaimana dengan Lana?? fuhh banyak tul persoalannya.. tak sabar plak aku menunggu season seterusnya..rasa cam nak cari CD dia.. tapi di mana yer..

 


Ahad, 21 December 2003, 11.45 a.m 
update homepage

pheww.. siap akhirnya.. hari ni aku mengupdate homepage aku.. ada penambahan kat main page tu. aku insert background sound lagu diana ross, then aku letak shout box.. ahakss.. puas hati..nanti nak tambah lagik..

LOTR


semalam aku tengok citer LOTR kat mid valley ngan seorang kawan.. best gak citer dia.. 3 jam lebih citer.. fuhhh.. jenuh duduk dalam wayang..

 


Jumaat, 19 December 2003, 11.59 a.m 
hari yang penuh dengan kebengangan

ntah kenapa hari jumaat ni, hari aku bengang kot.. dari pagi tadi aku cam nak makan orang.. tatau apa punca..dah la pc kat opis buat hal.. pc kat umah pun sama.. aku hari ni format pc dan menginstall balik semua software² yang perlu..bengong tul laa.. hari ni mang hari menguji kesabaran betul..

kat umah plak, malam ni on yahoo slow gilosssss.. internet plak connection slow gilerrr.. arghhhhhhhhh..bengang plak aku.. vc dalam room pun putus². last-last aku off vc dan bukak lagu kuat-kuat².. puass hati aku..rgrrg..geram tul.. memang hari ni aku rasa nak makan org..huwarghhhhhhhhh

 


Khamis, 18 December 2003, 11.46 a.m 
Faktor pemilihan kerjaya

Antara faktor yang menyebabkan sesorang itu kurang berjaya adalah kerana silap memilih kerjaya dalam hidupnya. Bayangkanlah bagaimana agaknya hidup sebagai guru sedangkan jauh disudut hati nak jadi jurutera. Pergi kerja pun kerana dah tugas, cukup masa nak cepat balik, buat kerja setakat apa yang diarahkan, masalah kecil dibesarkan, bosan dan macam-macam lagi.

Sebagai panduan berikut disenaraikan faktor seseorang itu memilih kerjaya mereka:

1. Minat.

Minat ni kita boleh lah pecahkan kepada beberapa soalan misalnya
- Bersendirian atau berkumpulan?
- Dalam pejabat atau luar?
- Berpakaian kemas atau lasak?
- Terlibat dengan orang ramai atau tidak?
- Beruniform atau tidak?

Sekiranya anda minat subjek geografi, matematik dan sains serta suka buat kerja luar yang lasak maka kerja sebagai seorang Ahli Kajibumi mungkin pilihan yang tepat untuk kerjaya anda. Anda juga mesti suka membuat analisa di makmal.

Sekiranya anda berminat dalam subjek fizik dan matematik, serta suka buat kerja luar maka kerjaya sebagai jurutera adalah pilihan anda.

Sekiranya anda lebih cenderung kepada subjek sastera, suka berpakaian kemas, suka bekerja dalam kumpulan, maka Pengurus adalah kerjaya yang sesuai untuk anda.

Tetapi kalau anda sukakan subjek sastera, suka bekerja dalam kumpulan tetapi tidak suka berpakaian kemas dan bertali leher maka lebih baik anda memilih kerjaya seperti editor atau guru.

2. Bakat dan kebolehan.
Kalau minat semata-mata dan tiada bakat dan kebolehan pun susah juga. Misalnya, ada orang minat menyanyi tapi bakat dan kebolehan tiada. Jadi lupakanlah ajer hasrat untuk jadi penyanyi. Kalau minat main bola tapi bakat dan kebolehan kurang, jadikan bola sebagai hobi cukuplah jangan pula tanam cita-cita nak wakil negara. Kempunan nanti.

Bila sebut pasal bakat ni kita kena ingat bahawa manusia ni sebaik-baik kejadian dan kebolehan seseorang itu berbeza.

Allah s.w.t telah berfirman yang maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”.
At-Tiin 95:4

Jadi kalau dah kejadian kita cukup baik tak mungkin tiada apa pun yang istimewanya kita ni. Sebab itulah Thomas Armstrong dalam bukunya '7 kinds of smart' telah menyenaraikan 9 kecerdasan pelbagai (mutiple inteligents) yang ada dalam diri setiap individu iaitu:

1. Cerdas Bahasa
2. Cerdas Logik – matematik
3. Cerdas Ruang dan menggambar
4. Cerdas Naturalistik
5. Cerdas Intrapersonal
6. Cerdas Interpersonal
7. Cerdas Kinestatik - Fizikal
8. Cerdas Muzik
9. Cerdas Kewujudan dan Ketuhanan

Semua orang ada kesemua 9 kecerdasan ini cuma kecenderungannya terhadap satu-satu kecerdasan berbeza yang membuatkan mereka lebih sesuai memilih kerjaya yang tertentu.

Misalnya, orang yang cerdas bahasa mudah baginya menguasai sesuatu bahasa, suka membaca, suka mengarang dan sebagainya. Orang macam ni sesuai jadi wartawan, editor, pustakawan, penterjemah dsb. Tapi opss! kena semak minat juga, kita ni minat atau tidak berurusan dengan orang ramai? Kalau tak minat tapi cerdas bahasa maka wartawan tak sesuai sebagai kerjaya. Mungkin lebih sesuai jadi penterjemah atau editor jer.


3. Pencapaian Akademik.

Hmm... yang ini paling penting. Kepada adik-adik yang masih belajar lagi tuh, pastikan dapat pencapaian akademik yang baik. Sebab pencapaian yang baik dalam akademik membuka peluang kerjaya yang lebih luas untuk dipilih. Memanglah ahli sukan, penyanyi, pelakon, usahawan dan banyak lagi tidak memerlukan pencapaian akademik yang baik untuk dijadikan kerjaya. Tetapi akademik yang baik tetap menjadi suatu 'booster' yang akan mempercepatkan lagi kecemerlangan kita.

Oleh sebab itulah disekolah lagi kena pandai-pandai pilih subjek dan aliran. Salah pilih, maka tak dapatlah kita jadi orang seperti yang kita mahukan.

4. Peluang/permintaan pekerjaan.

Ini kena rajin buat kajian sikit. Bidang apakah yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran kerja. Contohnya 6 tahun dahulu adik ipar yang baru masuk UUM tanya saya, "abg long, nak amik kursus apa ni... semua org amik IT". Saya kata pada adik ipar.. ambil kursus Business Administration. Dia 'puzzled' kejap. Betul ker abg long dia nih??? Saya kata, keluar nanti nak kerja ke idak? Dia kata nak. Ok, kalau camtuh ikutlah nasihat saya.. dan ingat kena score bila belajar. Jadi, dia pun ambil kursus BA. Saya tahu dia boleh score bidang ni berbanding IT berdasarkan pencapaian akademik untuk subjek Form 5 dia dulu.

So, tamat dia habis belajar dengan 2nd class Upper. Sekejap jer dah dapat kerja sedangkan kawan-kawan yang ambil IT ramai yang menganggur sampai sekarang. Kenapa saya suruh dia ambil BA. Sebab masa tuh semua orang menjurus kepada IT. Kalau camtuh saya dapat lihat dalam masa 5 tahun supply lebih banyak daripada demand. Sebab tu kita kena buat kajian tentang peluang pekerjaan nih.

Uisshhh... penatnya menaip...

5. Pengaruh persekitaran dan keluarga.

Kerapkali juga pengaruh persekitaran dan keluarga mempengaruhi kerjaya seseorang. Misalnya, orang yang lahir dalam keluarga yang berniaga dan perniagaan sudah menjadi darah daginnya maka berkemungkinan dia akan turut jadi usahawan juga.

Ada pula yang memilih kerjaya kerana kehendak ibu bapa. Mak ayah mungkin nak sangat lihat salah seorang anaknya jadi doktor. Anak-anak yang lain semua ambil bidang lain tinggal yang sorang ni aje yang masih belajar. Oleh kerana kesiankan ibu ayah, anak ni pun ambillah bidang kedoktoran. Sebab otaknya geliga, dapatlah akhirnya jadi doktor. Tapi bila bekerja nanti dia akan berada dalam dilema sebab dia pilih kerjaya yang mungkin bertentangan dengan minat serta bakat dia. Maka ramailah hari ini kita lihat doktor ke, jurutera ke, akauntan ker, yang bekerja hanya sekadar untuk dapat gaji bulanan. Tiada usaha nak majukan diri. Tiada motivasi untuk belajar tinggi lagi. Maka hanya segelintir sahaja yang akan jadi pakar, jadi perunding, belajar sampai Ph.D dan sebagainya. Kenapa? Sebab mungkin bidang itu tidak begitu seiring dengan minat dan bakat. Jadi cukuplah ajer setakat apa yang ada...


6. Tiada pilihan / terpaksa.

Ini kes berat, hasrat hati nak masuk universiti dan nak jadi peguam. Tapi keputusan peperiksaan tak cukup mantap. Akhirnya dapat tawaran ke UPSI (contoh) dan jadi guru. Dari tidak ke mana-mana maka kita terimalah ajer. Akhirnya kita memilih kerjaya kerana terpaksa.


7. Pendedahan.

Ada orang memilih kerjaya kerana pendedahan. Misalnya, ada orang tu tidak suka jadi geologis hingga satu hari kita dibawa melawat Jabatan Geosains dan Mineral. Entah macammana dia minat pula dan akhirnya memilih bidang itu sebagai kerjaya.

Jadi, apa yang patut dilakukan?

Pertama, pilih kerjaya berdasarkan minat, bakat serta kebolehan berbanding dari sebab-sebab yang lain. Kena pastikan juga ada peluang pekerjaan nanti, kaji sikit.

Kedua, kalau pencapaian akademik menghalang kita daripada memilih kerjaya yang kita minat maka pilihlah yang berdasarkan peluang pekerjaan. Bertukar kerjaya ketika diawal penglibatan adalah perkara biasa. Dapatkan pendedahan dan pengalaman sebanyak mungkin sebab kita tidak tahu sama ada kita berkebolehan atau tidak sehinggalah kita mencuba sesuatu bidang itu.

Ketiga, kalau sekarang anda sedang mengikuti kursus yang memang anda tidak berminat maka jangan tergesa-gesa menukar bidang. Lebih-lebih lagi dah beberapa tahun masa dah dihabiskan. Teruskan belajar dan buat yang terbaik untuk dapat keputusan yang bagus. Universiti bukan sekadar untuk akademik, guna kesempatan untuk berpersatuan, kepimpinan, networking, dan sebagainya. Semua ini akan membentuk peribadi anda. Sebab belum tentu anda akan bekerja dalam bidang yang anda sedang belajar sekarang. Guess what... saya seorang jurutera dan ada Ph.D dalam kejuruteraan. Tapi, saya lebih berjaya dalam bidang motivasi.. pelikkan. Tapi itulah kerjaya.

Keempat, sentiasa buka minda dan buka mata untuk mencuba kerjaya baru yang kita rasakan kita boleh maju. Tambahan pula kalau ia mmg seiring dengan minat kita. Bertukar kerjaya walaupun sudah bekerja 20 tahun adalah perkara biasa. Pernah tak dengar kisah ada guru yang bersara awal kerana menceburi bidang keusahawan?? Oleh itu keep an open mind...

Okay, cukup setakat ni dulu. Ada masa saya edit dan saya tambah... uisshhh penatnya menulis..

 


Khamis, 18 December 2003, 11.42 a.m 
kenapa kita rasa boring

kenapa manusia ni ada waktunya tetiba ajer merasa boring yer? ada sampai satu tahap tu, aku rasa teramat boring sangat, contohnya sekarang nih. aku boring yang amat terlampau sangat. sampai buntu dan blur tak tahu nak buat apa. at last aku meluahkan keboringan aku dengan menulis kat jurnal nih. ada sampai satu tahap tuh, aku lupa pada keboringan aku mungkin aku bz dengan aktiviti harian yang menyeronokkan aku cam jengjalan ngan kengkawan ke. shopping-shopping, makan-makan, sehingga aku lupa untuk menulis kat jurnal ni,hehe

sesungguhnya tika dan saat ini aku rasa sungguh boring, terasa ingin lari hutan kemudian berlari ke pantai. kemudian aku nak jerit kuat-kuat macam ni "pecahkah saja gelas nya biar pecah sampai hancur berderai, aku ingin bingar, aku ingin ke pasar untuk membeli barang² dapur untuk masak nanti" eh aper aku merepek nih

berpikir tentang masa depan

terkadang aku terpikir tentang masa depan, apa aku nak buat dalam 5 ke 10 tahun lagi yer. kawin.. yer semestinya la semua orang nak kawin..kalau dulu masa aku kecik, aku set dalam mind aku, nak belajar rajin-rajin, then bila dah pandai, bleh masuk unibersiti, lepas masuk unibersiti leh dapat keje bagus, lepas tu??? semua tu aku dah dapat. tapi sekarang aku cam tak dapat kepuasan dengan kerja aku. apa yang aku nak yer..money atau kepuasan bekerjaya? apa minat aku sebenarnye.. aku seolah masih mencari-cari apa minat aku.. aku pun tak tau apa minat aku. adakah mende yang aku minat tu bleh membawa hasil kepada kerjaya aku?

bekerja dalam bidang IT ni kekadang membosankan aku. di tambah plak dengan environment kat sini. betul la orang kata, kalau korang pegi dekat department IT semua pekerja tunduk ngadap pc kusyuk ajer muahaha ntah apa yang di tenungnya..

ahh tetiba lagu kegemaran aku berkumandang

eh tetiba plak time aku tulis jurnal ni terdengar lagu kegemaran aku nih. lagu micheal belajar untuk menjadi rock - 25 minutes too late.. wahh bestnyer..

ok sambung balik tulis

ok sambung balik tulis.. page ni terbiar ajer.. pasal opismate aku faizul datang lelepak kat sini.. then kak nora datang gak lelepak..sembang-sembang.. ilang skit boring aku.. hihihi kalau idak mandom ajer pepagi..muka pun ilang dah idea nak tulis jurnal.. sembang² tadi menghilangkan idea aku..cerita ceriti pasal holiday..

ermm apa ek dah lupa lah nak tulis apa.. warghhhh nanti aku sambung balikk

 


Isnin, 15 December 2003, 9.50 a.m 
selamat pagi semua...

selamat pagi semuaa.. ceria-ceria selalu..hari isnin seperti biasa aku mula bekerja..cuti dua hari sabtu dan ahad. fuhhh bestnye.. aku mengambil kesempatan berehat sepenuhnya kat rumah.. demam aku pun dah beransur kebah.. badan dah tak panas and suam-suam kuku lagik dah..kena jaga kesihatan sekarang pasal 29 ni aku nak pegi holiday cuti-cuti mesia ke sarawak.. bestnyee tak sabar menunggu saat itu.. ahakss..

aktiviti sabtu dan ahad

hari sabtu tadi memula housemate aku nak gi times square saja jengjalan nak tengok keadaan kat sana. memula aku cadang nak join.. tapi macam malas yang teramat malas sangat nak kluar rumah. rasa nak rest tengok tepi melepak atas sofa ajer. at least aku tak kuar. then khairani plak call aku ajak kluar pegi mid valley untuk teman beli barang.. ermm malas nye..aku menolak ajakan dia..

sambil lelepak aku kat depan pc surfing and chatting..akhirnya sebab boring plak sengsorang kat rumah hihi masa tu dah pukul 4++, kak peah ajak kuar gi makan kenny rogers kat times square.. so aku pun kuar laa. lagi pun akak nak kasi nuskin cleansing gel yang aku order tu sekali..buy one, and get half price one. cleansing gel aku pun dah habis.

 


Jumaat, 12 December 2003, 1.35 p.m 
tak nak kata apa-apa

erkk aku tak nak kata apa-apa hari ni..hehe kenyang baru makan nasi..

 


Selasa, 9 December 2003, 9.35 p.m 
banyak plak page yang ada banner..

iskk.. bila aku xplore balik website aku ni page by page banyak plak banner nye. hampir setiap file ada banner.. sebelum ni hanya page asp ajer yang ada banner. hmm pelik plak..nampak gaya setiap page kena letak script untuk kill banner

 


Page:  << Prev  1  2 3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  Next >>


© copyright 2004 www.akiranagasaki.net.tc